01 April 2011

AC Mizal Menipu downline?


Luahan Peminat: Bersembang dengan seorang teman semalam, keluarlah topik mengenai penglibatan beliau dlm sistem MLM. Terkejut juga saya apabila beliau memaklumkan sudah ditipu oleh AC Mizal (kini bergelar Dato' Pahang) melibatkan ribuan ringgit. Agak mustahil untuk dipercayai kisah beliau apabila perkara ini melibatkan selebriti. Takkan la seorang yang dikenali, berani untuk menipu? Mana AC mau lari? Apa kejadahnya semua ini?

Hasil dari siasatan lanjut saya, teman saya memaklumkan dia telah mendaftar diri sebagai peserta MLM gelang AC Mizal kira-kira setahun yang lalu. Isu yang timbul ialah beliau masih belum mendapat sebarang pulangan sepertimana yang telah digembar gemburkan semasa ceramah produk. Mengikut AC, peserta hanya perlu mendaftar dan membeli gelang sahaja, manakala pihak syarikat AC akan menjalankan tugas2 promosi dan mencari kaki-kaki untuk diletakkan di bawah si pembeli tadi. Sistem komputer pula akan meletakkan pelanggan-pelanggan baru secara automatik di bawah kawan saya tadi mengikut sistem piramid. Pulangan akan mula diperolehi apabila piramid lengkap terbentuk.

Apabila saya bertanya kepada teman, sudah berapa ramai AC letakkan orang di bawahnya, beliau menjawab sudah ada kira-kira 1000 lebih peserta. WOW! Mengikut perkiraan, teman saya itu sepatutnya sudah menjadi kaya dan mampu membeli ferrari seperti AC, tetapi jawapan yang diberi beliau, AC hanya mengisi nama2 peserta baru secara automatik secara menegak di sebelah kiri sahaja. Maksudnya, walau sejuta orang pun di daftarkan di bawah beliau, tetapi sampai kiamat pun piramid takkan terbentuk! SO SEKARANG NI GELANG KEMANA, DUIT KEMANA, AC DIMANA..

Respon Anonymous:
abg i pon kene tau, abg i beli saham gelang harge rm1000 pas2 dpt gelang jew dia ckp dlam 1 thn dpt bonus saham gelang 2... sampi sekrg x dpt2 bonus saham gelang 2... c0ll 0fis dia nk ckp dgn org yg incharge pasal saham gelang ni, mcm2 alasan diaorg bagi.. x dek lah, keluar lah meetig lah, bile kite tingglkn f0n n0 dekt pihak diaorg soh call balik... sampi sekg x coll2 pon abg i kecian tau kene tipu mcm 2 jek.....
----

aq pun terkena gakz dah setahun lebih kot aq join tapi sampai sekarang NO ID pun xdapat ne duit lagi lah xdapat apa cita ne....dulu janjikan xsampai 3bln NO ID akan dapat ne sampai sekarang still xdapat..????sblm ne kat FB ada je cita pasal MLM ne tapi sekarang diam menyepi....

Sumber: http://www.izyan.com/2011/03/dato-ac-mizal-menipu-downline.html

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com