Showing posts with label artis luar negara. Show all posts
Showing posts with label artis luar negara. Show all posts

01 May 2012

{Gambar} Sebuah keluarga tinggal dalam Gua

Tajuk post mungkin nampak cam biasa. Manusia tinggal di dalam gua berlaku sejak zaman dahulu kala. Tetapi zaman sekarang pun masih ada yang sanggup tinggal di dalam gua. Seperti kelurga The Sleeper ini, Curtis, Deborah dan 3 orang anaknya tinggal di dalam gua tetapi di dalam keadaan serba moden dan legkap. Gua yang terletak di Missouri ini mempunyai ruang tinggal 17, 000 kaki persegi luasnya. Sila klik tajuk post untuk entry lengkap.






27 April 2011

{Artis} Anang lamar Ashanty dalam program Dahsyat


JAKARTA - Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah mengejutkan peminat apabila melamar penyanyi jelita, Ashanty sebagai kekasihnya semasa mereka muncul dalam program hiburan, Dahsyat yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen RCTI, lapor laman detikhot semalam.

Menurut bekas suami Krisdayanti itu, insiden tersebut berlaku secara spontan selepas pengacara Dahsyat iaitu Olga Syahputra dan Raffi Ahmad tidak henti-henti mengusik dan bertanya tentang hubungannya dengan Ashanty.

Wajah bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan terus bertukar menjadi merah padam dan gementar, sebelum dia terus meluahkan isi hatinya kepada Ashanty dalam program itu.

Ashanty yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikatakan memberi jawapan dengan menerima lamaran cinta Anang dalam keadaan malu-malu.



"Ini bukan gimik," kata Anang sebaik sahaja ditanya oleh pihak media Indonesia tentang luahan cintanya kepada Ashanty.

Sementara itu, Ashanty yang memiliki Sarjana Kemasyarakatan dari Universiti Paramadina mengaku dia baru mengenali duda tersebut.

"Aku selalu bilang (kata) kalau kita maksain (paksa) seperti apa Allah tidak mempertemukan, tapi kalau ini jodohnya pasti dimudahkan jalannya," jelas Ashanty.

Pasangan duet lagu Jodohku itu difahamkan mengenakan baju berwarna merah jambu sedondon sewaktu hadir ke studio RCTI di Kebon Jeruk, Jakarta Barat semalam. - Agensi








24 April 2011

{Gambar} Justin Bieber ketika umur 17 Tahun & berkerja sebagai pemain muzik jalanan



Pada sebuah gambar yang dikatakan diambil pada bulan Ogos 2007 yang dimuatkan di UsWeekly, Khamis (24/2), memperlihatkan Bieber semasa belum terkenal, berusia 13 tahun, memainkan gitar dan menyanyi sambil menunggu wang dari orang-orang lalu di depan Avon Theathre di kampung halamannya, Stratford, Ontario, Kanada.

Gambar ini diambil fotografer I. Shutter yang mengatakan pada UsWeekly dia mengambil gambar tersebut pada “20 Ogos 2007 jam 9 pagi” semasa dia melihat “anak manis” ini bermain gitar sementara orang-orang melempar wang ke dalam beg gitar di hadapannya.

Tapi, keasyikkan Bieber bermain muzik di jalanan pada hari itu tak lama. “Pengurus bangunan mengusirnya bahkan mengejar kanak-kanak itu,” cerita Shuter.

Bieber pernah mengatakan dia bermain muzik jalanan di depan bangunan itu dan dia boleh mengumpulkan AS$ 3 ribu.

Justin Bieber mula menarik perhatian setelah lagunya diupload ke youtube oleh Scooter Braun yang seterusnya menjadi pengurusnya. -sumber isuhangat

21 April 2011

{macam-macam ada} Bernikah Baru Sebulan, Mengandung Sudah 4 Bulan


JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.

Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.... -sumber kosmo

05 April 2011

Adam Lambert dihalau keluar dari Parti Harijadi Lady Gaga





iya,walaupun Lady Gaga dikenali sebagai seorang yang liar,seolah tiada batasan hidup.terlalu bebas..mentang-mentanglah kaya raya,lupa dunia haih si Lady Gaga ,namun dia ada batas kesabaran jugak..hee

Lady Gaga telah menghalau Adam Lambert dari birthday bash nya...
Menurut sumber hiburan Hollywood,Adam Lamberst sebenarnya tak dijemput pun ke party Gaga.tp Adam adalah artis jemputan Scissors sister untuk acara pembukaan birthday bash Gaga.

Adam muncul dengan keadaan yang sangat mabuk,sempat dia menumbut siling rendah di restoran mexico tempat party itu diadakan sampai berlubang siling tue..pastu Adam dikatakan bertindak liar,melompat2 atas meja sambil memekik2.


Adam tak lama lepas itu meng-tweet ...dan kata tangannya sakit lepas tumbuk siling restoran tue

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com