04 May 2012

{Berita} Al-Fatihah untuk pelakon komedi Bob Kuman





KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.


{Berita} 99.9 peratus orang itu Azmin Ali’ – Ummi Hafilda






Berita yang mengaitkan nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dengan beberapa ‘gambar seks’ agak panas beberapa hari ini dan kami percaya, anda sudah sedia maklum mengenainya. Jadi, tidak perlu kami sebar luaskan lagi. Cuma apa yang ingin kami sampaikan di sini, adik kepada Azmin Ali iaitu Ummi Hafilda yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa lelaki pada gambar yang tidak berapa jelas itu adalah Azmin Ali.

Berita penuh:-

GEORGE TOWN – Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Ummi Hafilda berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam s

\Antara Gambar yang dimuat daripada zonbebas.com

Sehubungan itu, Ummi Hafilda mencabar Azmin supaya membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan itu adalah bukan dirinya.

“Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia,” katanya kepada pemberita semalam.

Ummi Hafilda turut mendesak supaya Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

kandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.



Sumber: ZonBebas

{Berita} 14 Tahun masih menghisap susu botol

Remaja 14 tahun, Farah Sauffiah Rahmat yang masih menghisap susu botol

“Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.

Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.

Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

Bagaimanapun, Farah hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.


Sumber: Zonbebas

02 May 2012

{Berita} Baharu Umur 13 Tahun sudah Tahi Judi

Kasihan ada, nak kata padan muka pun ada. Kenapa? Sebab seorang pelajar berusia 13 tahun terpaksa menjadi tontonan orang ramai selama dua jam akibat dirantai oleh bapanya di sebatang pokok kerana ponteng sekolah untuk berjudi. Berita penuh:-

 PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah. Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

 “Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya. Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. – Sumber: AFP

01 May 2012

{Gambar} Sebuah keluarga tinggal dalam Gua

Tajuk post mungkin nampak cam biasa. Manusia tinggal di dalam gua berlaku sejak zaman dahulu kala. Tetapi zaman sekarang pun masih ada yang sanggup tinggal di dalam gua. Seperti kelurga The Sleeper ini, Curtis, Deborah dan 3 orang anaknya tinggal di dalam gua tetapi di dalam keadaan serba moden dan legkap. Gua yang terletak di Missouri ini mempunyai ruang tinggal 17, 000 kaki persegi luasnya. Sila klik tajuk post untuk entry lengkap.






{Video} Wanita ni patutnya tutup kepala pakai kompek!

 Inilah muka cun minah torolol itu :)

Naharom aku rasa minah bising ni mesti MALU tahap gila babi. Photographer foreigner yang dihina membalas cacian peserta Bersih dengan jawapan yang sangat tajam dalam Bahasa melayu

Aku rasa minah ni yang patut keluar dari malaysia, nama orang malaysia tapi bahasa macam cibai.. mungkin dia ni tidak pandai berbahasa melayu..

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita.. marilah amalkan ramai-ramai :)

Mari saksikan video dibawah ni..

25 April 2012

{Gambar} Penunggang basikal paling extreme di dunia

Selain daripada basikal digunakan untuk mengangkut orang, basikal juga rupa-rupanya boleh dunakan mengangkat bermaca-macam benda.. BTW lepas ni harga basikla mungkin akan naik bila tokey basikal gambar kat bawah ni, sebab basikal boleh angkat macam-macam benda :)




15 January 2012

{Gambar} 10 Bangunan design paling buruk yang dikategorikan oleh CNN

  Sebuah laman web yang dimiliki oleh American Cable News Network (CNN) memilih sepuluh bangunan terburuk di dunia, dengan Hotel Ryugyong Korea Utara pada "kedudukan"  paling atas dalam kategori dan Dubai Atlantis Hotel di tempat kedua. Bangunan Fangyuan di Shengyang yang direka oleh arkitek CY Lee yang terkenal di Taiwan juga terpilih untuk tersenarai dalam kategori ini :)
  
1. Ryugyong Hotel (North Korea)

2. Atlantis Hotel (Dubai)
 3. Palace of the Parliament (Romania)

4. Zizkov Television Tower (Czech Republic) 
 5. Seattle Experience Music Project (United States)
  
6. Ho Chi Minh Mausoleum (Vietnam)
 7. Liverpool Metropolitan Cathedral (England) 

 8. The Portland Building (United States)
  
9. The Fang Yuan Building (China)
   

10. Petrobras Headquarters (Brazil) 

03 January 2012

{Gambar} Komputer tablet buatan sendiri

Seorang lelaki di China telah mengubahsuai netbook kepada pc tablet. Dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk menghadiahkan gadjet tablet tersebut kepada kekasihnya lalu melakukan modifikasi tersebut.








{Gambar} Sekitar 1400 kereta honda dimusnahkan di Thailand

Kilang membuat kereta Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan menghancurkan sekitar 1.400 unit kereta yang rosak akibat banjir di Thailand. Honda juga memiliki dua kilang di Ayutthaya yang terendam banjir dalam waktu lama sehingga menyebabkan kerosakan serius.

Pengumuman ini disiarkan oleh Honda Motors untuk menepis adanya spekulasi  bahawa Honda akan memperbaiki kereta-kereta yang rosak akibat banjir dan menjualnya di pasaran setempat atau luar negara sebagai kendaraan baru.
Spekulasi ini menimbulkan kekuatiran di kalangan pengguna dan untuk itu Honda Automobile (Thailand) meyakinkan pelanggangnya bahawa kendaraan yang rosak terendam banjir akan dihancurkan.









{Berita} Dirantai sejak umur 17 Tahun

Memanglah agak menyedihkan bila tengok keadaan lelaki di bawah. Beliau kini sudah berusia 40 tahun dan telah dirantai oleh ibunya sejak berumur 17 tahun. Menurut wanita tersebut, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul kerana dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak lelakinya telah dirantai di dalam sebuah ruang di rumah mereka selepas sering membuang pakaian yang dipakainya dan bertindak kelakuan luar jangka yang membahayakan dirinya sendiri. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.






 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com