Showing posts with label Mentor 5. Show all posts
Showing posts with label Mentor 5. Show all posts

11 April 2011

Salma di minggu ke 5


sunggu da' bomb persembahan salma malam semalam, walaupun markah agak kurang dari persembahan sebelumnya namun peminat salma itu tidak menjadi masalah.

ramai sangat yang memuji bakat salma, tapi dalam ramai-ramai yang bagi komen aku paling suka dengan komentar ixoralover saya petik dari laman youtube

"if u combine all performances by AF9 students at their first concert last saturday and compare with this performance by Salma, this performance was 1000 times better! great talent+showmanship! great job mentor"


memang saya sangat setuju dengan pandangan itu. apapun bagi yang ingin menyaksikan kembali persembahan salma mari saksikannya video dibawah ini



01 April 2011

Koleksi Gambar Salma Mentor 5

Mesti ramai yang tencari-cari gambar salma mentor 5 ni, maklumlah dia sekarang ramai peminat, Anyway gambar-gambar dibawah ini adalah sebahagian daripada gambar memori ketika salma masih menyertai "SR Karaoke" yang dipelopori oleh Encik Sultan Ruddin












akhir kata, undilah beliau sebagai tanda sokongan anda terhadap karier seninya.
bahh.. orang tawau mesti boleh bah, terbaik dari bumi peladang ni..

31 March 2011

Salma pilihan ramai untuk jadi juara



pergi jer ke page facebook mentor5 memang tak sah kalau orang tak pos nama salma diwall fb tersebut, memang sahlah tak ada orang lain dah yang layak menjadi juara Mentor 5. Salma lah orangnya. Suaranya memang memukau, meletup dan bombastik. Walaupun Nas Ahmad kata Salma tak cantik, tapi di mata fans Salma ada pakejnya yang tersendiri. Lagipun rakyat Malaysia sekarang semua sudah bijak pandai. Semuanya pentingkan bakat berbanding rupa. Tak gitu?

Paling tak tahan apabila ada orang kata suara Salma lagi mantap berbanding mentornya, Erra Fazira. Apa pun tahniah kepada Erra Fazira kerana menjumpai seorang protege yang sangat-sangat berbakat. Bukan senang nak carik. Secara ikhlasnya, peserta perempuan lebih menyerlah di dalam Mentor 5. Suara peserta lelaki memang banyak yang kurang.













ramai orang kampung kata, salma makin putih betul ke? :)

28 March 2011

Salma Mentor 5 Made in Tawau



Meremang bulu roma & bulu ketiak kami apabila Salma mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara di pusingan kedua Mentor 5, Ahad lepas.



Bakat baru ini memilih Erra Fazira sebagai mentor sememangnya mempunyai vokal yang kuat serta kawalan suara yang mantap. Peribadinya macam seorang yang sudah biasa naik ke atas pentas, kemungkinan besar dia sudah biasa membuat persembahan di pub atau bilik karaoke.

Masih terlalu awal untuk memberikan pujian, tapi secara keseluruhan Salma berjaya membuatkan orang berkata ‘wow’ di kemunculannya yang pertama. Andai kata kesemua protege juga mempunyai bakat yang hebat, mungkin Mentor 5 berupaya .gifmenarik lebih ramai penonton berbanding sebelum ini.

kepada mereka-mereka yang diluar sana ingin mengunjungi facebook cik sally kita ni bolehlah terus ke: Itz'me Syelly

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com