Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

15 January 2012

{Gambar} 10 Bangunan design paling buruk yang dikategorikan oleh CNN

  Sebuah laman web yang dimiliki oleh American Cable News Network (CNN) memilih sepuluh bangunan terburuk di dunia, dengan Hotel Ryugyong Korea Utara pada "kedudukan"  paling atas dalam kategori dan Dubai Atlantis Hotel di tempat kedua. Bangunan Fangyuan di Shengyang yang direka oleh arkitek CY Lee yang terkenal di Taiwan juga terpilih untuk tersenarai dalam kategori ini :)
  
1. Ryugyong Hotel (North Korea)

2. Atlantis Hotel (Dubai)
 3. Palace of the Parliament (Romania)

4. Zizkov Television Tower (Czech Republic) 
 5. Seattle Experience Music Project (United States)
  
6. Ho Chi Minh Mausoleum (Vietnam)
 7. Liverpool Metropolitan Cathedral (England) 

 8. The Portland Building (United States)
  
9. The Fang Yuan Building (China)
   

10. Petrobras Headquarters (Brazil) 

03 January 2012

{Gambar} Komputer tablet buatan sendiri

Seorang lelaki di China telah mengubahsuai netbook kepada pc tablet. Dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk menghadiahkan gadjet tablet tersebut kepada kekasihnya lalu melakukan modifikasi tersebut.








{Gambar} Sekitar 1400 kereta honda dimusnahkan di Thailand

Kilang membuat kereta Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan menghancurkan sekitar 1.400 unit kereta yang rosak akibat banjir di Thailand. Honda juga memiliki dua kilang di Ayutthaya yang terendam banjir dalam waktu lama sehingga menyebabkan kerosakan serius.

Pengumuman ini disiarkan oleh Honda Motors untuk menepis adanya spekulasi  bahawa Honda akan memperbaiki kereta-kereta yang rosak akibat banjir dan menjualnya di pasaran setempat atau luar negara sebagai kendaraan baru.
Spekulasi ini menimbulkan kekuatiran di kalangan pengguna dan untuk itu Honda Automobile (Thailand) meyakinkan pelanggangnya bahawa kendaraan yang rosak terendam banjir akan dihancurkan.









{Berita} Dirantai sejak umur 17 Tahun

Memanglah agak menyedihkan bila tengok keadaan lelaki di bawah. Beliau kini sudah berusia 40 tahun dan telah dirantai oleh ibunya sejak berumur 17 tahun. Menurut wanita tersebut, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul kerana dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak lelakinya telah dirantai di dalam sebuah ruang di rumah mereka selepas sering membuang pakaian yang dipakainya dan bertindak kelakuan luar jangka yang membahayakan dirinya sendiri. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.






01 December 2011

{Gambar} Budak 3 Tahun cedera Parah dimuka & tangan akibat di bakar oleh bapanya

19 November yang lalu di Shaanxi china seorang bapa yang sangat bodoh dan bangang bernama Cao Xiaoming telah membakar wajah anaknya  iaitu Niu niu yang baru berumur 3 di rumah mertuanya.

Isteri berkata Cao Xiaoming seorang yang panas baran dan sering melakukan keganasan keatas dirinya, selain sikapnya yang sangat gemar berjudi. Kejadian ini berlaku kerana isteri Cao Xiaoming ingin meminta cerai lalu dia yang memang sedia bangang telah mencurahkan gas petrol kemuka anaknya, dan sekarang muka Niu telah cacat dan kedua belah tangannya juga turut mengalami masalah yang sama.







Sumber: Chinasmack

{Berita Bergambar} Lelaki Bunuh Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak

Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit. Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika. Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga. "Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois. "Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati." Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi. Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya.








30 November 2011

{Gambar} Banjir Thailand Ratusan Buaya Lepas Mengancam penduduk

Banjir di Thailand tidak hanya membuat pusingan ekonomi lumpuh dan kerugian material yang diakibatkan olehnya, melainkan juga membuat ketakutan bagi banyak penduduk Bangkok, betapa akibat dari banjir tersebut ratusan buaya dari penangkaran terlepas mengancam jiwa para penduduk korban banjir.












 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com