Showing posts with label Berita Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Luar Negara. Show all posts

02 May 2012

{Berita} Baharu Umur 13 Tahun sudah Tahi Judi

Kasihan ada, nak kata padan muka pun ada. Kenapa? Sebab seorang pelajar berusia 13 tahun terpaksa menjadi tontonan orang ramai selama dua jam akibat dirantai oleh bapanya di sebatang pokok kerana ponteng sekolah untuk berjudi. Berita penuh:-

 PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah. Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

 “Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya. Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. – Sumber: AFP

03 January 2012

{Gambar} Sekitar 1400 kereta honda dimusnahkan di Thailand

Kilang membuat kereta Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan menghancurkan sekitar 1.400 unit kereta yang rosak akibat banjir di Thailand. Honda juga memiliki dua kilang di Ayutthaya yang terendam banjir dalam waktu lama sehingga menyebabkan kerosakan serius.

Pengumuman ini disiarkan oleh Honda Motors untuk menepis adanya spekulasi  bahawa Honda akan memperbaiki kereta-kereta yang rosak akibat banjir dan menjualnya di pasaran setempat atau luar negara sebagai kendaraan baru.
Spekulasi ini menimbulkan kekuatiran di kalangan pengguna dan untuk itu Honda Automobile (Thailand) meyakinkan pelanggangnya bahawa kendaraan yang rosak terendam banjir akan dihancurkan.









{Berita} Dirantai sejak umur 17 Tahun

Memanglah agak menyedihkan bila tengok keadaan lelaki di bawah. Beliau kini sudah berusia 40 tahun dan telah dirantai oleh ibunya sejak berumur 17 tahun. Menurut wanita tersebut, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul kerana dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak lelakinya telah dirantai di dalam sebuah ruang di rumah mereka selepas sering membuang pakaian yang dipakainya dan bertindak kelakuan luar jangka yang membahayakan dirinya sendiri. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.






22 December 2011

Lelaki 90 Tahun Selingkuh Adik ipar & Ibu Mertua



Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.


Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.


“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka


Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahasia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.

01 December 2011

{Berita} Wanita saman bekas kekasih tatu imej najis di belakang tubuh

DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu. Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald. Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.

Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat. Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya. Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis.

Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu. “Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya,” katanya



Sumber: Hmetro Dec 01/2011

{Gambar} Budak 3 Tahun cedera Parah dimuka & tangan akibat di bakar oleh bapanya

19 November yang lalu di Shaanxi china seorang bapa yang sangat bodoh dan bangang bernama Cao Xiaoming telah membakar wajah anaknya  iaitu Niu niu yang baru berumur 3 di rumah mertuanya.

Isteri berkata Cao Xiaoming seorang yang panas baran dan sering melakukan keganasan keatas dirinya, selain sikapnya yang sangat gemar berjudi. Kejadian ini berlaku kerana isteri Cao Xiaoming ingin meminta cerai lalu dia yang memang sedia bangang telah mencurahkan gas petrol kemuka anaknya, dan sekarang muka Niu telah cacat dan kedua belah tangannya juga turut mengalami masalah yang sama.







Sumber: Chinasmack

{Berita Bergambar} Lelaki Bunuh Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak

Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit. Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika. Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga. "Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois. "Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati." Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi. Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya.








30 November 2011

{Gambar} Banjir Thailand Ratusan Buaya Lepas Mengancam penduduk

Banjir di Thailand tidak hanya membuat pusingan ekonomi lumpuh dan kerugian material yang diakibatkan olehnya, melainkan juga membuat ketakutan bagi banyak penduduk Bangkok, betapa akibat dari banjir tersebut ratusan buaya dari penangkaran terlepas mengancam jiwa para penduduk korban banjir.












{Gambar} Walaupun Nyawa Hampir Melayang, Matador Nekad Terus Berjuang di Gelanggang

Matador Sepanyol yang buta sebelah mata dan mengalami kecederaan serius di muka kerana ditanduk lembu mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan kembali ke gelanggang selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu. Juan Jose Padilla mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sesi sidang akhbar selepas enam hari menjalani pembedahan untuk membaiki saraf yang rosak yang menyebabkan bahagian muka sebelah kiri lumpuh. "Saya tidak mahu simpati peminat," katanya kepada pihak media di Hospital Virgen del Rocio sebelum pulang ke rumah. "Saya akan ke gelanggang sebagai matador kerana impian saya untuk bertemu dengan peminat."






Saksikan video dibawah saat-saat ketika Juan Jose Padilla di tanduk oleh lembu yang mencederakan mukanya.

29 November 2011

{Gambar} Ayam Togel Israel

Sebuah perguruan tinggi di Israel tidak jauh dari Tel Aviv iaitu Israelis Rehovot Agronomy Institute  para mahasiswa di kampus tersebut berhasil menciptakan spesies baru ayam tanpa bulu yang tahan hidup normal, mahasiswa Falkuti Genetik mempertontonkan ayam hasil penemuan mereka di media, dan inilah hasilnya.











28 November 2011

'Zombi' mengganas di Mexico

BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu orang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya ini sempena acara Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.
Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.
Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.
Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.
Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu. - Agensi










 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com