Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts
Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts

04 May 2012

{Berita} 14 Tahun masih menghisap susu botol

Remaja 14 tahun, Farah Sauffiah Rahmat yang masih menghisap susu botol

“Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun.

Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain.

Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah.

Bagaimanapun, Farah hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.


Sumber: Zonbebas

01 December 2011

{Berita} Wanita saman bekas kekasih tatu imej najis di belakang tubuh

DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu. Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald. Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.

Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat. Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya. Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis.

Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu. “Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya,” katanya



Sumber: Hmetro Dec 01/2011

11 October 2011

Buat pembedahan untuk menjadi superman

Kerana taksub dengan Superman, seorang lelaki di Filipina, Herbert Chavez, 35, sanggup menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung seperti Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.











Sumber: Facebook

08 October 2011

Lucu Suami gagal masukkan buah "Zakar"

Bila baca keratan akhbar ni kan, nak je kitorang gelak sakan sambil guling-guling. Yer la, bila fikir logik, memang tak perlu pun tanya soalan tersebut since ianya memang tak akan (diulang sekali lagi, memang tak akan) dibuat dek orang.
Tapi kita fikir positif la yer yang encik Rahman dari Johor Bahru tu nak tanya soalan lain tapi tak tahu nak tulis apa yang betul, jadi beliau belasah je tulis ‘buah zakar’ asalkan ianya ada kaitan dengan persoalan yang ingin diajukan. Boleh camtu? Huhu..

Tapi tak tau ler kan, kot-kot encik Rahman memang dah berusaha sedaya upaya untuk memasukkan buah zakar beliau (seperti yang dituliskan pada akhbar) tapi tak pernah nak berjaya. Sebab tu soalan tersebut diajukan kepada mereka yang pakar. Hehehe..


Sumber: Zonbebas

21 June 2011

{Gambar} anjing Bakar Di china sunggu yummiee..

Pernah anda menyaksikan bagaimana anak anjing dimakan? huh.. memang sungguh dramatik ketika dalam penyediaan anak anjing bakar. Dinegara china mungkin bagi mereka ini sudah menjadi perkara biasa, tapi bagi kita itu memang luar biasa kerana, banyak-banyak makan yang lebih enak untuk dijamah.. mereka tetap juga memilih yang pelik2 untuk santapan mereka..







sumber asal: chinasmack

29 May 2011

(VIDEO)Ghairah Prema Yin & Shah Jaszle mahu buat style orang putih!




Memang memalukan. Tambah memalukan apabila video di bawah diarahkan oleh Gambit Saifullah dan Umair Mohamed. Tengok nama memang nama Islam. Kalau tak tengok dari segi agama pun, video klip ini memang dah nampak macam Amerika sangat. Tak ada budaya negara kita langsung. Apa kejadahnya?




Bila tengok video kat atas tue rasa nak lempang-lempang produser yang terbitkan video nie. Kalau teringin sangat nak buat video macam nie, pergi duduk kat Amerika la. Video Mizz Nina yang mendapat kritikan gila-gila dulu pun tak ada seteruk nie. Ini memang hancur sangat-sangat.



Korang tengok dan nilaikan sendirilah. Ini memang bukan budaya kita rakyat Malaysia. Sila dislike beramai-ramai video ini bagi tuan punya pengarah sedar sikit yang dia tinggal di Malaysia bukan di Amerika. Kredit gambar kepada Skymania.

19 May 2011

{Berita} Wanita Brazil Peroleh hak untuk MELANCAP Semasa Bekerja. wow!


Dalam satu keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah dan digambarkan sebagai suatu keputusan yang sensitif, seorang hakim Brazil membenarkan seorang akauntan wanita berumur 36 tahun secara sah untuk MELANCAP/MELAKUKAN ONANI dan MENONTON PORNOGRAFI di komputer ketika bekerja.

Ana Catarian Bezerra berjaya membuktikan bahawa dia menderita penyakit akibat daripada ketidakseimbangan kimia di dalam tubuhnya yang menyebabkannya gelisah dan mempunyai keinginan seks yang melampau (hiperseksualiti).

Padas suatu tahap, prestasi kerjanya mula merosot dan satu-satunya cara ia dapat melegakan kegelisahannya adalah dengan cara sering melancap, lapor Guanabee.com yang memetik sumber berita Analitica.

"Saya menderita dengan begitu teruk sehingga saya terpaksa melancap 47 kali sehari. Ketika itulah saya meminta bantuan, saya tahu ia tidak normal." katanya.

Selepas berjaya memenangi kesnya di mahkamah dan mendapatkan pertolongan profesional, Bezerra secara sah berhak menggabungkan kerja dengan "keseronokkan"nya.

Doktor juga telah memberikan ubat penenang yang dapat mengurangkan keinginannya untuk melancap. Dengan bantuan ubat itu, Bezerra melamcap kira-kira 18 kali sehari.

NOTA KAKI: Yang ini bukan lucah, tetapi penyakit. Saya simpati walaupun cuba untuk tidak membayangkan bagaimana dia menangani/meringankan penyakitnya itu.

30 April 2011

{Gambar} Permainan Paling Bodoh Masyarakat Jepun

Apabila disebut Jepun, pasti anda terbayang sebuah negara yang gah dan maju dalam segala sektor. Sikap dedikasi dan kebijaksanaan rakyatnya membawa negara matahari terbit itu maju dan disegani seluruh dunia. Sape yang tak kenal kan Sony, Toyota, Nissan, Shimano? Sekeliling kita ni penuh dengan barangan buatan Jepun. Sikap intelek orang Jepun ini juga berjaya membangunkan pasukan bolasepaknya ke taraf world cup. Lihat lah, Jepun sekarang antara kuasa yang digeruni dalam dunia bola sepak.

Namun, jangan disangka Jepun semuanya cerdik. Ada juga bangangnya tau..hehe! Entri kali ni memaparkan antara permainan yang paling bodoh pernah dibuat manusia (saya tak tahu le pulak nama permainan ni..) GUSTI DENGAN LAMPU KALIMANTANG!


















26 April 2011

{Berita} Wanita Gila Seks Rogol 10 Lelaki



Kebiasaannya seperti yang kita tahu , lelaki je yang rogol perempuan atau merogol maknyah tapi berita dari Rusia ni pelik sikit.Seorang perempuan dari Rusia , Valeria K. telah ditahan polis dan akan didakwa kerana merogol sepuluh orang lelaki.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.

Yang lawaknya , kenapa sampai camtu sekali, bagi ubat tidur kemudian syok sorang-sorang.tengok muka boleh tahan juga lawanya.Minah ni aku search kat internet.

Aku nak tanya satu soalan , camne dia rogol lelaki-lelaki tu ? Soalan aku simple je kan.Korang pandai-pandai ajelah jawab.

Urm..nafsu manusia memang pelik! Kesimpulannya , perempuan yang lemah-lembut , jangan disangka tak ganas atas katil ! be cool.

19 April 2011

{Berita Pelik} Wanita berjaya hamil dengan sperma dari google


Ann Spalding, menginginkan anak dari rahimnya sendiri. Sayangnya, dia belum menemui pasangan hidup yang sesuai.

Untuk hamil, perlukan belanja yangg mahal dari bank sperma yang berharga £3.000. Dengan niat untuk hamil dia membuat iklan online untuk mencari lelaki yang bersedia menjadi penderma sperma.

“Saya merindukan bayi tapi tidak ingin menunggu lelaki yang sesuai, jadi saya guna Google untuk mencari penyumbang sperma,” kata Ann seperti yang dilaporkan The Sun.

Dari pencarian di Google, dia menemui sejumlah komuniti yang mempertemukan penderma dan pencari sperma.

Dalam sejumlah iklannya, dia memperkenalkan diri sebagai seorang wanita bujang yang memerlukan penyumbang sperma supaya hamil sebelum usia 30 tahun. “Saya tidak menunjukkan foto saya,” ujar wanita berbangsa Inggeris ini.

Beberapa hari beriklan, dia menerima lima tawaran penderma sperma lengkap dengan identiti dan foto.

Namun, dua di antaranya menginginkan hubungan badan sebagai balasan. Dari tiga yang tinggal, Ann memilih satu, seorang teknision komputer berusia 30 tahun, bernama Jason.

Lelaki itu kemudian menunjukkan dokumen dari sebuah klinik yang membuktikan dirinya telah melakukan test bebas penyakit seksual dan penyakit berbahaya lainnya.

“Dia adalah yang paling sopan,” ujar Ann. “Dia pernah menyumbangkan sperma sebelum ini kerana ingin membantu wanita memiliki bayi.”

Ann kemudian mengatur pertemuan dengan lelaki itu di hotel. Setelah bertemu, lelaki itu segera ke bilik air untuk memasukkan spermanya ke dalam sebuah bekas khas.

Setelah lelaki itu pergi, Ann yang sedang berada di masa subur segera menyuntikkan sperma tersebut ke dalam rahimnya.

Namun, cara itu gagal. Ann tidak hamil pada bulan berikutnya.

Mendengar keluhan Ann, lelaki itu bersedia mengatur pertemuan kedua malah bersedia berhubungan badan dengan tujuan untuk memasukkan sperma.

Cara kedua ternyata berjaya.

Ann hamil. “Saya sangat bahagia. Saya tidak tahu apakah itu kerana berhubungan melalui seks barulah semuanya berjaya.” ujarnya.

Ann lalu mengirimkan email kepada Jason untuk memberitahu khabar baik itu. Ia juga berjanji memberi tahu Jason ketika melahirkan nanti. “Tapi, saya ingin Jason menandatangani kontrak yang menyatakan ia tidak punya hak atas Holly,” kata Ann yang berniat menamakan buah hatinya sebagai Holly.

Ann sebenarnya sudah memiliki seorang anak bernama Keirra, hasil pernikahannya dengan seorang lelaki.

Tapi, pernikahan gagal waktu usia kandungan Keirra masih dua bulan.

{Video} rakaman Presiden Czech Republic curi pen


Sebuah video pendek dengan sela masa hanya sepanjang 64 saat menjadi topik hangat diperbualkan di dan dikongsi oleh ramai pengguna-pengguna di internet. Video ringkas itu memaparkan aksi lucu Presiden Negara Czech Republic mencuri sebatang pen di dalam satu wawancara khas di televisyen.

Video ini juga dikatakan menjadi topik hangat di televisyen malah turut dimuatkan di dalam salah satu topik berita beberapa negara di eropah. Berikut video yang dimaksudkan saksikan aksi lucu presiden tersebut.


16 April 2011

{Berita Pelik} Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian


ELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

11 April 2011

Pelajar wanita jual seluar dalam terpakai secara online


Seorang pelajar kojej berusia 19 tahun di Singapura menjual seluar dalam terpakai secara online pada harga S$45 (RM104) setiap satu.

Dia juga memberikan bonus tambahan untuk pelanggan yang membeli dua seluar dalam - mereka akan menerima video klip percuma gadis tersebut yang sedang membuka seluar dalamnya namun tanpa menunjukkan wajahnya.

Gadis yang hanya dikenali dengan nama Felica, telah memulakan perniagaan ini sejak bulan lalu melalui blognya.

Pada mulanya dia menjual seluar dalamnya dengan harga S$30 (RM70)setiap satu, namun dia telah menaikkan harganya bermula pada 1 Disember lalu.

Felica menulis entry di dalam blognya dengan memaparkan gambar-gambarnya dari paras leher ke bawah dengan memakai pelbagai jenis seluar dalam termasuk jenis T-black dan rekaan biasa dengan design yang comel.

Setakat ini gadis tersebut dipercayai telah menjual sebanyak 16 pasang seluar dalamnya dan menerima kira-kira 200 komen dari pembaca-pembaca blognya itu.

Menurutnya, dia melakukan perniagaan itu untuk menampung sedikit perbelanjaan serta membayar yuran pengajiannya.

"Semua seluar dalam yang dijual akan dipakai olehnya sekurang-kurangnya selama 12 jam" Katanya kepada sebuah akhbar.

Bagaimanapun gadis itu enggan untuk tampil ditemuramah dan akan berhenti daripada memberikan video klip percuma.

Tertinggal Vibrator


Seorang wanita Taiwan membuat laporan polis terhadap teman lelakinya kerana mendakwa teman lelakinya itu memasukkan vibrator (alat kemaluan palsu bergegar) ke dalam kemaluannya tanpa keizinan.

Memburukkan keadaan, teman lelakinya, seorang pelajar perubatan lingkungan 30-han - tidak menyedari bahawa sebahagian daripada vibrator itu patah dan tertinggal di dalam tubuh wanita itu.

Teman wanitanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Xiao Man, menyedari perkara tersebut apabila menjalani X-ray selepas merasa kesakitan di vagina selama tiga hari.

Polis Taiwan menahan teman lelaki wanita itu atas tuduhan menggunakan kekerasan seks.

awek cun tidak pernah gosok gigi selama 10 tahun




Setiap orang ada tabiat tersendiri. Namun, tabiat itu kadang kala mengejutkan orang lain.

Martian Virus, sebuah program TV popular di Korea menyiarkan tabiat dan sifat pelik manusia. Salah satu siaran program ini adalah tentang tabiat pelik seorang gadis cun. Seperti yang anda ketahui, gadis cun ini yang dikenali "Cutey Yellowish" tidak menggosok giginya sejak sepuluh tahun lalu.

Cutey Yellowish atau nama sebenarnya Ji Hyun Ji, 20 tahun, menegaskan, "Saya tidak faham sebab orang perlu menggosok gigi, kerana bukannya ada orang yang mahu melihat mulut anda."

"Apabila makanan menyelaputi gigi, makanan itu sebenarnya melindungi gigi saya."

Gadis ini hanya mengelap gigi hadapannya dengan tisu pada waktu-waktu tertentu sahaja.

09 April 2011

Model Kasut di kepala

Kesian pula Encik Admin tengok diorang ni. Sanggup letak kasut kat atas kepala. Tau ler kasut tu baru, tapi serius cakap, memang Encik Admin tak sanggup buat macam tu. Berapa banyak la agaknya diorang kena bayar ni?




Kalau dulu tunjuk kasut pakai kat kaki, tapi sekarang tunjuk kasut letak kat atas kepala. Mungkin cara lama dah tak releven, cara baru seperti ini pula digunakan. Nasib baik tak bagi kepala pakai kasut. Kalau tak, lagi pelik dibuatnya.-credit syok.my

03 April 2011

Budak Kecil hisap 40 batang rokok sehari

Hal ini berlaku di Musi Banyuasin, Indonesia. Budak ini bernama Ardi Rizal. Dia menghisap 40 batang rokok sehari.

Menurut ibunya, Ardi mengalami ketagihan yang teruk sehingga menyebabkanya menjerit dan menghentakkan kepala pada dinding jika tidak dibenarkan menghisap rokok. Menurut laporan akhbar, kepala Ardi dikatakan pening dan dia rasa sakit jika tidak merokok.

Ardi hanya menghisap satu jenama rokok sahaja, dan untuk sehari keluarganya terpaksa menanggung kos sekitar RM20 untuk membeli rokok

Oleh sebab jahil soal kesihatan, bapanya seorang nelayan memberitahu wartawan bahawa anaknya tampak sihat dan dia tidak melihat sebarang masalah terhadap kelakuan anak kecilnya itu.

Aduhai, anda boleh menjangkakan usia budak ini, jika dia masih merokok untuk beberapa tahun akan datang! tapi syukurlah dengar-dengar budak tu dah berhenti merokok sekarang :)

02 April 2011

Buang Air Besar Di Lobi Hotel




hahaha! terkantoi oleh Kamera CCTV!! Lelaki di Vas Bunga Hotel tengah buang air besar di vas bunga hotel hotel berkenaan memang tidak senonoh aderkah patut pergi buang air besar kat situ, macam takde tempat lain yang dia nak buang tu benda. Dibawah ini sebuah video hasil rakaman cctv sebuah hotel, dimana terlihat seorang lelaki sedang menonggeng nak buang air besar di sebuah hotel berbintang.



31 March 2011

Pertandingan "anu" terpaling panjang

Siapa sangka ada ranking untuk saiz zakar global. Saya tidak pasti kesahihannya.

Namun menurut laporan ANI, negara yang menduduki tangga teratas ialah Republik Demokratik Congo, dengan saiz purata zakar lelakinya sekitar 7.1 inci atau 18sm (dakwaan sendiri).

Tempat kedua senarai ini ialah Equador dengan saiz purata zakar sekitar 6.9 inci atau 17.5sm (diukur), dan Ghana pula di tangga keempat dengan saiz zakar sekitar 6.8 inci atau 17.3sm (dakwaan sendiri). Tidak dinyatakan pula negara yang menduduki tangga ketiga.

Malaysia di tangga berapa? Sabar!

Di tempat kelima ialah Colombia dengan saiz purata zakar warganegara lelakinya sekitar 6.7 inci atau 17sm (diukur), tempat keenam ialah Venezuela dengan saiz purata zakar sekitar 6.7 inci atau 17sm (diukur).

Malaysia di tangga berapa? Sabar!

Ranking diikuti Lebanon (no. 7), Jamaica (no. 12), Brazil (no. 15), Perancis (no. 17), Republik Czech (no. 22), Belanda (no. 27), dan Itali (no. 31).

Malaysia di tangga berapa? Sabar!

Seterusnya, Mesir diletakkan di tangga 33, Denmark ditangga 42, Mexico ditangga 49, Morocco ditangga 51, Sweden ditangga 58, Greece ditangga 61, Chile ditangga 64, Jerman di tangga 68, dan Norway ditangga 72.

Malaysia di tangga berapa? Sabar!

Menurut ranking itu, United Kingdom ditangga 82, Sepanyol di tangga 85, Australia di tangga 94, Amerika Syarikat di tangga 98, Ireland di tangga 99, Romania di tangga 101 dan Indonesia ditangga 104.

Di mana kedudukan Malaysia. Saya tahu anda resah!

Untuk pengetahuan pembaca ohsensasi, Malaysia berada di kedudukan 106.

Manakala India di tangga 116, Jepun di tangga 110, China di tangga 112, Thailand di tangga 117, dan Korea Selatan di tangga 119.

Anda tidak percaya dengan ranking ini? Terpulang. Saya hanya mahu berkongsi.

AINI rela aksinya dirakam selepas menonton video lucah


KLIP video atau video cakera padat (VCD) lucah sebenarnya tidak sukar untuk diperoleh di negara ini. Kalaupun bukan dibeli daripada penjual VCD cetak rompak, ia boleh dimuat turun daripada Internet. Malah, lebih mudah dikongsi daripada telefon bimbit ke telefon bimbit lain.

Dengan durasi dari dua minit hingga sejam, pengumpul video lucah ini selalunya melayan nafsu dengan cara mereka sendiri.

Oleh kerana ketagihan video lucah, Khalid (bukan nama sebenar) kini terpaksa menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan akhlak di Hulu Langat, Selangor.

Lelaki bertubuh sasa dan memiliki personaliti menarik ini baru berusia 23 tahun.

Khalid terjebak dengan vidoe lucah bermula semasa dia tinggal di kuaters kerajaan di Pahang kerana mengikuti ayahnya yang bekerja dalam perkhidmatan awam.

“Ramai kakitangan kerajaan yang masih bujang bekerja di situ dan antara aktiviti wajib mereka ialah menonton VCD lucah,” katanya.

Khalid berkata, dia mula menonton VCD lucah pada usia lapan tahun iaitu semasa mengunjungi sebuah rumah kuarters yang didiami lima lelaki bujang.

“Saya suka melepak di rumah mereka namun pada satu hari, tiada siapa di ruang tamu dan di televisyen pula terpapar aksi seks yang dilakukan pasangan orang putih.

Ajak kawan

“Walaupun masih kecil, saya teruja menyaksikannya kerana bukan senang untuk melihat video lucah. Saya leka sehingga salah seorang daripada lelaki bujang itu menyedari perkara itu dan menyuruh saya keluar,” katanya.

Sejak itu, Khalid ketagih menonton video lucah. Tidak puas menonton seorang diri, dia mengajak pula kawan-kawan sekolahnya.

“Kami akan membeli VCD berharga RM10 dan menonton aksi panas itu beramai-ramai semasa ibu bapa bekerja. Dapat tonton dua jam sudah cukup.

“Malangnya, kami bukan setakat menonton. Aktiviti selepas itu ternyata menjijikkan. Kami akan melakukan pertandingan onani,” ceritanya mengundang kejutan penulis.

Bicaranya lagi, dia gemar menonton video lucah yang dilakukan orang putih dan lelaki kulit hitam kerana lebih cepat terangsang. Mereka juga lebih bertenaga berbanding aksi seks bangsa lain.

Pelacur

Mujur, Khalid tidak terdorong melakukan hubungan seks dengan wanita.

Namun, sebaik sahaja meningkat umur 12 tahun, Khalid dan rakan-rakan mula melakukan perbuatan terkutuk itu. Segalanya disebabkan pengaruh video lucah.

“Kami akan meniru aksi pelakon lucah itu dari mula hingga selesai.

“Kebiasaannya saya dan rakan-rakan akan mencari kawan perempuan yang agak sosial untuk bersembang-sembang. Ada tukang cover line bagi memastikan kami tidak kantoi.

“Selepas itu, kami akan melakukan aksi ringan di dalam kelas seperti meraba bahagian sulit dan payu dara mereka sebelum membawa mereka ke rumah masing-masing bila line clear (tiada gangguan),” katanya.

Khalid berhenti sekolah pada usia 17 tahun dan bekerja sebagai penjaga kelab malam. Perangainya bertambah teruk.

“Kali ini lebih rancak, saya layan pelacur. Sebelum melakukan hubungan seks, saya wajib menonton video lucah untuk mendapat kepuasan. Saya bangga memiliki beribu-ribu klip video dan VCD lucah pada masa itu.

“Tetapi saya memikirkan sampai bila saya mahu melakukan perkara terkutuk itu.

“Mungkin ada petunjuk daripada Tuhan. Saya dengan rela hati memasuki pusat pemulihan akhlak ini bagi menyucikan kembali jiwa saya,” katanya.

Bagi Aini, 20, yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dia tidak menyangka perbuatannya mencuri VCD lucah milik bapanya membawa petaka kepada dirinya.

Katanya, semasa di tingkatan tiga dia ternampak beberapa keping VCD lucah tersimpan di dalam beg milik bapanya. VCD lucah pertama yang dicurinya ialah filem Original Sin lakonan Angelina Jolie.

“Saya terus menonton bersama rakan-rakan tetapi tidak begitu terangsang sebaliknya hanya untuk berseronok. Lagipun saya seorang tomboi dan mempunyai sifat seperti lelaki,” katanya.

Bapa Aini yang menyedari tindak-tanduk anak perempuannya itu bertindak menyorokkan VCD lucah berkenaan ke dalam bonet kereta, namun Aini masih dapat mencarinya.

Kegiatan Aini semakin rancak setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di sebuah universiti swasta di Melaka.

“Saya menyewa sebuah pangsapuri kecil dan duduk bersama tiga orang lelaki dan selebihnya wanita. Kami betul-betul hidup mengikut norma Barat yang berpaksi kepada kebebasan tanpa had.

“Kami sering mengadakan parti liar, minum arak sehingga mabuk selain mengambil ganja. Menonton video lucah menggunakan komputer riba menjadi perkara wajib setiap hari,” kenangnya.

Tetapi Aini belum teringin melakukan hubungan seks sehingga akhirnya dia tewas pada lelaki bernama Fendi, teman serumahnya.

ru 02.2 Pengumpul video lucah
VIDEO lucah telah meracuni pemikiran Khalid sejak berusia lapan tahun.


Rakam

Aini sering menonton VCD lucah bersama Fendi sehingga mereka terlanjur.

“Dia pandai memujuk rayu sehingga kami terlanjur. Awalnya saya berasa kesal tetapi apabila merasai nikmatnya, rasa seronok pula. Dalam sebulan, kami melakukan hubungan seks sebanyak lebih 20 kali.

“Adegan yang paling teruk kami pernah lakukan ialah tangan dan kaki saya diikat dan mata ditutup,” kata Aini.

Namun, apa yang paling memalukan ialah apabila dia membiarkan gambar separuh bogelnya yang dirakam Fendi.

“Mulanya saya tidak selesa tapi apabila Fendi kata gambar itu tidak akan menjejaskan saya, saya merelakannya. Pada masa itu, saya seperti seorang bakal peguam terlampau pula.

“Malah, saya membenarkan aksi seks kami dirakam kamera video.

“Malangnya, rahsia kami terbongkar setelah pemacu pena yang menyimpan gambar dan rakaman video seks kami dicuri orang,” katanya.

Lebih memalukan, gambar Aini ditampal di papan kenyataan pangsapurinya menyebabkan dia dipanggil oleh pihak pengurusan.

“Perkara itu amat mengaibkan sehingga saya hampir membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 pangsapuri.

“Nasib baik saya masih waras. Saya mengambil keputusan berhenti daripada universiti pada hari itu juga dan ibu meminta saya memasuki pusat pemulihan akhlak untuk rawatan.

“Menyesal tidak cukup. Saya berjanji apabila keluar kelak saya akan menebus kesilapan lalu dan menjadi manusia yang lebih berguna,” katanya. – MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

-kosmo

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com