Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

04 May 2012

{Berita} 99.9 peratus orang itu Azmin Ali’ – Ummi Hafilda






Berita yang mengaitkan nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dengan beberapa ‘gambar seks’ agak panas beberapa hari ini dan kami percaya, anda sudah sedia maklum mengenainya. Jadi, tidak perlu kami sebar luaskan lagi. Cuma apa yang ingin kami sampaikan di sini, adik kepada Azmin Ali iaitu Ummi Hafilda yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa lelaki pada gambar yang tidak berapa jelas itu adalah Azmin Ali.

Berita penuh:-

GEORGE TOWN – Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Ummi Hafilda berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam s

\Antara Gambar yang dimuat daripada zonbebas.com

Sehubungan itu, Ummi Hafilda mencabar Azmin supaya membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan itu adalah bukan dirinya.

“Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia,” katanya kepada pemberita semalam.

Ummi Hafilda turut mendesak supaya Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

kandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.



Sumber: ZonBebas

02 May 2012

{Berita} Baharu Umur 13 Tahun sudah Tahi Judi

Kasihan ada, nak kata padan muka pun ada. Kenapa? Sebab seorang pelajar berusia 13 tahun terpaksa menjadi tontonan orang ramai selama dua jam akibat dirantai oleh bapanya di sebatang pokok kerana ponteng sekolah untuk berjudi. Berita penuh:-

 PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah. Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

 “Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya. Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera. – Sumber: AFP

08 October 2011

Lucu Suami gagal masukkan buah "Zakar"

Bila baca keratan akhbar ni kan, nak je kitorang gelak sakan sambil guling-guling. Yer la, bila fikir logik, memang tak perlu pun tanya soalan tersebut since ianya memang tak akan (diulang sekali lagi, memang tak akan) dibuat dek orang.
Tapi kita fikir positif la yer yang encik Rahman dari Johor Bahru tu nak tanya soalan lain tapi tak tahu nak tulis apa yang betul, jadi beliau belasah je tulis ‘buah zakar’ asalkan ianya ada kaitan dengan persoalan yang ingin diajukan. Boleh camtu? Huhu..

Tapi tak tau ler kan, kot-kot encik Rahman memang dah berusaha sedaya upaya untuk memasukkan buah zakar beliau (seperti yang dituliskan pada akhbar) tapi tak pernah nak berjaya. Sebab tu soalan tersebut diajukan kepada mereka yang pakar. Hehehe..


Sumber: Zonbebas

07 October 2011

{Berita} Kekasih Sebar Gambar Separa Bogel Remaja 16 Tahun


AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.

Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.

Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.

“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.

“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

27 August 2011

{Berita} Masih Ingat Kes Wanita Dikerat 15




KUALA LUMPUR 26 Ogos - Dua lelaki warga Bangladesh hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat dan anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, bulan lalu.

Tertuduh, Abd Razak Tofazzalhossain, 29, didakwa membunuh Siti Sando, 35, di no 40, Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang, di sini, pada jam 11 pagi dan 5 petang 29 Julai lalu.

Abd Razak turut didakwa bersama-sama Mmd Ripin Mondal Krndaboss, 28, membunuh anak mangsa, Mohd Shukri, pada masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sejurus dibacakan pertuduhan dalam Bahasa Malaysia, kedua-dua mereka menafikan tuduhan tersebut namun Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani berkata, mahkamah hanya mahukan jawapan faham atau tidak daripada tertuduh.

Rumah Pangsa dimana anggota badan mangsa ditemui


Mereka kemudian menjawab, "faham" dalam Bahasa Malaysia tanpa mahkamah merekodkan sebarang pengakuan.

Sementara itu, tertuduh ketiga Mosharof Hossain, 23, pada awal prosidng mengaku salah terhadap pertuduhan melupuskan mayat kedua-dua anak beranak itu, namun selepas dijelaskan mengenai hukuman bagi kesalahan itu, tertuduh dilihat mulai ragu-ragu menyebabkan Wan Karimah bertanya beberapa kali kepada tertuduh sama ada memerlukan bantuan jurubahasa Bangladesh.Tertuduh akhirnya mengaku tidak memahami pertuduhan tersebut dan pengakuan salahnya sebelum itu tidak diterima.

Mosharof didakwa melupuskan kedua-dua mayat itu untuk melindungi pesalah dari tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di tempat yang sama, pada 29 Julai lalu jam 11.20 tengah hari dan 3 Ogos 2011 jam 11 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum, untuk satu tarikh singkat iaitu pada 29 September ini untuk mendapatkan jurubahasa Bangladesh.

Akhbar pada 4 Ogos lalu melaporkan penemuan menggemparkan mayat seorang wanita yang dikerat 15 dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalaman dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Kosas di sini.

Manakala mayat anak lelakinya turut ditemui dalam plastik di rumah yang sama dengan kedua-duanya berbau busuk dan reput dipercayai dibunuh seminggu sebelumnya.

Sumber: Bernama

31 July 2011

{Berita} Xbox Addict, maut kerana terlalu lama main






Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

Sumber: nydailynews

24 June 2011

{Gambar} Porche 911 dimusnahkan dengan tembakan 10 ribu kali

Sebuah Porche 911 yang kerap rosak telah dimusnahkan oleh tuannya dengan cara memanggil 140 ahli kelab menembak untuk memusnahkan kereta berkenaan. :) Tuan punya kereta tersebut gipap! kerana memerlukan kos sekitar 16 ribu untuk membaik pulih kereta berkenaan... yang gue tidak sanggup tengok kereta berkenaan hancur sebab kena tembak kerana harga kereta berkenaan dalam lingkungan USD 100 ribu..

Tapi ini mungkin hanya berlaku di amerika sahaja.. kalau di malaysia.. kompom tak sanggup buat begini

video aksi yang sungguh kejam :) kerana memusnahkan porche idamanku saksikan dibawa ini



Sumber: Dailymail

21 June 2011

{Berita} Pembantu Rumah Berjaya Peroleh Diploma OUM


KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.

“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.

21 May 2011

{Video} Lamar Cewek di panggung wayang



ATLANTA - Seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.






Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama.

Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.

Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.

Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.

Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan.

Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. – Agensi

04 May 2011

{berita} Semua Along Sama Saja.

Pakar pembedahan tangan dan kulit cuba untuk menyelamatkan tangan seorang pemuda bernama Zhang Chuanqiu, 27 tahun. tangannya dirantai dengan rantai besi selama 7 tahun dan dipercayai angkara penjara di china yg dibina secara haram oleh along. (kiranya along kat sana lagi dahsyat la. siap ada penjara sendiri). ini semua hanya di sebabkan kegagalan pemuda ini untuk menyelesaikan hutang.




Kulit tangannya tumbuh sehingga menyelaputi rantai itu.

inilah natijahnya kalau pinjam duit dengan Along!, kepada rakan-rakan diluar sana kalau takda duitpun jangan sekali-kali pinjam duit dengan mereka. sebab memang dorang tak tolong punya, kalau korang dapat bayarpun faedah yang dikenakan cukup tinggi.




02 May 2011

{Berita} Osama Bin Laden Tewas, Rakyat Amerika Pesta Merayakannya

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memastikan bahwa pemimpin jaringan Al Qaeda, Osama bin Laden, telah tewas.
Pemimpin yang didakwa berperanan dalam serangan menara kembar WTC dan Pentagon, Amerika, pada 11 September 2001
itu, tewas dalam serangan operasi khusus gabungan Amerika dan Pakistan.

Menurut Obama, Osama tewas dalam serangan operasi khusus. “Setelah ia ditembak, jasad Osama dibawa ke pangkalan tentera Amerika di Afghanistan,” ujar Obama. Obama memberikan pesanan khas kepada para korban tewas menara kembar WTC. “Keadilan telah dilakukan,” tegas Obama.

kehadiran orang ramai berdekatan Ground Zero bagi merayakan khabar kematian Osama Bin Laden


Osama diburu sejak sekitar 10 tahun. Ia disebut sebagai orang yang berperanan dalam serangan menara berkembar WTC dan Pentagon yang menewaskan sekitar 3.000 orang. “Kematian Osama bin Laden merupakan pencapaian yang paling signifikan dari bangsa ini untuk mengalahkan jaringan Al Qaeda,” kata Obama


{Pelik} Umur baharu 4 Tahun tapi berat mencecah 62Kg

Umur budak ni baharu 4 Tahun manakalah ketinggiannya cuma 1.1 meter. ibubapa Xiao Hao sangat bingung kerana beberapa doktor hospital dan klinik di China mereka telah jumpa, namun menyatakan bahawa kadar hormon dalam badan Xiao Hao masih normal, yang membingungkan selera makannya yang begitu tinggi..





















Sumber: chinasmack

25 April 2011

{Berita} Sai Baba Meninggal Dunia


New Delhi – Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa kuasa-kuasa luar biasa.

Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.


Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.

Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.

Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.

Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.


Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini hangat di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.

p/s: Jadi jangan lupa kita pada yang mahaesa iaitu Allah s.w.t setiap kehidupan yang berada di alam semesta ini adalah ciptaan-Nya. jadi kita sebagai manusia janganlah angkuh dan sombong terhadap Allah s.w.t sampai masa kita akan dijemput dan akan menerima balasan dari-Nya yang maha berkuasa iaitu Allah s.w.t.-sumber: isuhangat


24 April 2011

{ GAMBAR } Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Noor Dayana




















Ashraf Muslim dan tunangnya berkemungkinan besar akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal di Mekah kelak. Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Lagi gambar sekitar majlis pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana dengan membaca entri ini sepenuhnya.



-Sumber: Budiey,beautifulnara,mstar

23 April 2011

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mengharamkan poco-poco


SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.

“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.
Sejak Rabu lalu, beliau mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dihadiri hampir semua mufti seluruh negara di hotel terkemuka di sini. Hadir sama Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baru, Othman Mustapha.

Ketika mengharamkan tarian itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memberi alasan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan Kristian selain pemujaan roh seperti diamalkan di Jamaica.

Berikutan itu, Abdul Shukor berkata, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan akan menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan mereka membuat keputusan muktamad mengenai keperluan pengharaman tarian terbabit.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata, muzakarah bersetuju dengan penggunaan vaksin Meningitis Mencevax (lama) dan Menvio (vaksin baru) untuk jemaah haji dan umrah Malaysia.

“Kita sudah meneliti pandangan dan mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan serta pakar berkenaan. Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu-ragu, kita akan terus menggunakan vaksin itu dan kita benarkan,” katanya.

Mengenai penggunaan vaksin Meningitis Menvio, beliau berkata ia juga boleh digunakan tetapi pihaknya masih mengutamakan vaksin Meningitis Mencevax kerana ia sudah lama digunakan di Malaysia, malah kosnya juga lebih munasabah berbanding yang baru.

“Kita dapat tahu daripada rakan di negara jiran mengatakan vaksin Meningitis Menvio lebih baik tetapi selepas mendengar penjelasan mereka yang membuat audit didapati prosesnya sama, cuma Menvio untuk 11 tahun ke atas manakala Mencevax boleh digunakan dari usia dua tahun.

“Kesannya juga sama iaitu dua tahun, tak ada bukti saintifik menyatakan Menvio boleh bertahan sehingga tiga atau empat tahun. Oleh itu, kita menggalakkan pengguna menggunakan vaksin Meningitis Mencevax,” katanya. -sumber bharian

22 April 2011

Perbezaan Telur Ayam Tiruan Dengan Telur Ayam Yang Asli


Walaupun sudah disahkan bahawa tiada telur ayam tiruan dijual di pasaran Malaysia seperti yang hangat diperkatakan, tapi sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga, kami tetap nak kongsikan kepada anda perbezaan antara telur ayam tiruan dengan telur ayam yang asli. Ayuh tengok kat bawah ni.-credit syok.my

21 April 2011

{macam-macam ada} Bernikah Baru Sebulan, Mengandung Sudah 4 Bulan


JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.

Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.... -sumber kosmo

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com