Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

04 May 2012

{Berita} Al-Fatihah untuk pelakon komedi Bob Kuman





KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.


{Berita} 99.9 peratus orang itu Azmin Ali’ – Ummi Hafilda






Berita yang mengaitkan nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dengan beberapa ‘gambar seks’ agak panas beberapa hari ini dan kami percaya, anda sudah sedia maklum mengenainya. Jadi, tidak perlu kami sebar luaskan lagi. Cuma apa yang ingin kami sampaikan di sini, adik kepada Azmin Ali iaitu Ummi Hafilda yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa lelaki pada gambar yang tidak berapa jelas itu adalah Azmin Ali.

Berita penuh:-

GEORGE TOWN – Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Ummi Hafilda berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam s

\Antara Gambar yang dimuat daripada zonbebas.com

Sehubungan itu, Ummi Hafilda mencabar Azmin supaya membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan itu adalah bukan dirinya.

“Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia,” katanya kepada pemberita semalam.

Ummi Hafilda turut mendesak supaya Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

kandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.



Sumber: ZonBebas

28 March 2011

Salma Mentor 5 Made in Tawau



Meremang bulu roma & bulu ketiak kami apabila Salma mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara di pusingan kedua Mentor 5, Ahad lepas.



Bakat baru ini memilih Erra Fazira sebagai mentor sememangnya mempunyai vokal yang kuat serta kawalan suara yang mantap. Peribadinya macam seorang yang sudah biasa naik ke atas pentas, kemungkinan besar dia sudah biasa membuat persembahan di pub atau bilik karaoke.

Masih terlalu awal untuk memberikan pujian, tapi secara keseluruhan Salma berjaya membuatkan orang berkata ‘wow’ di kemunculannya yang pertama. Andai kata kesemua protege juga mempunyai bakat yang hebat, mungkin Mentor 5 berupaya .gifmenarik lebih ramai penonton berbanding sebelum ini.

kepada mereka-mereka yang diluar sana ingin mengunjungi facebook cik sally kita ni bolehlah terus ke: Itz'me Syelly

Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau


AGA KAREBA, POK yang membawa maksud apa khabar saudaraku adalah sapaan mesra Amy ketika menghiburkan peminatnya dalam Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Stadium Sukan Tawau Ahad lalu. Bunyinya sememangnya pelik tapi ianya mesra dan amat menyentuh hati ribuan peminatnya. Tidak cukup dengan itu, Awie juga turut mengungkap perkataan aramaiti dalam irama lagu.
Demikianlah Search dan Wings, dua gergasi kumpulan rock tanahair yang begitu dekat dengan peminat mereka, menyatukan semangat perjuangan dalam lagu, membina diri dalam menelusuri ranjau perit hidup juga dalam lagu. Semangat rockers bukan sekadar terbit dari mulut tapi dijiwa terpahat perjuangan abadi… Tidak hairanlah dua legasi rock ini masih boleh bertahan dalam arena muzik tanahair hingga ke hari ini.

Karnival Konsert Double Trouble Jelajah Borneo di Tawau.
Langkah TBU menjalankan tugasan media adalah seawal jam 8 pagi di tapak karnival. Saat itu, gerai2 jualan baru dibuka, kereta autoshow baru memasuki ruang legar pameran, geng sayap2 wings pun baru menyusun aksesori jualan mereka. Kelihatan juga RTM dengan mula sibuk mengatur alatan audio mereka untuk pertandingan yang mereka anjurkan. Pemain Futsal juga ada yang berlegar2 mencari sarapan pagi sebelum berentap untuk perlawanan akhir mereka.

Ainul Aisyah Kemalangan




Malang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang 22 februari lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja…

“Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

“Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja”


Kereta Ainul yang kemik teruk dibahagian hadapan

Akibat tergesa-gesa di jalan raya, Akhirnya Ainul Aishah tidak dapat menonton drama lakonanya sendiri dan kereta Honda City nya rosak teruk dibahagian bonet depan.. Apa-apa pun Ainul Aishah tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma trauma sikit je.. MyGosip harap Ainul Aishah lebih berhati-hati lagi selepas ini.. Biar la lambat asalkan selamat…

Sambutan Hari Jadi Lisa Surihani dengan Kejutan





Gambar ini diambil ketika Lisa dalam tidak meyangka alias kejutan buat dirinya sempena harijadinya ke-25 pada 23 Mac yang lalu di Andalus Kuala Lumpur. Kiranya kawan-kawan artis Lisa lah yang sambut, sebab ramai sangat artis-artis yang hadir, kawan-kawan Lisa sikit jerk, tak ketinggalan Mia Sara pun ada juga, si comel-comel tue. hehe. Mek dapat banyak hadiah tak terkata tue Lisa. Korang enjoy dulu dengan video 10 minit ni.. Happy Birthday Lisa Surihani.

LAGU TEMA: Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah (Dipawagam: 19 May 2011)



Pernah dengar Tiz Zaqyah menyanyi? Buat pertama kalinya untuk anda semua, sebagai salah satu jalan promosi, anda dapat dengarkan vokal Tiz Zaqyah.

Dalam video klip rasmi ini juga, anda dapat lihat lebih banyak scene dalam filem Nur Kasih yang tidak di’tunjukkan dalam tiga buah trailer rasmi sebelum ini.

Jika di’tanyakan pendapat kami yang buta muzik ini, suara Tiz Zaqyah ini biasa biasa sahaja dan tidak keterlaluan jika kami katakan suara beliau tidak begitu sesuai dengan suara ala Timur Tengah Yassin.

Tetapi tidak mengapa, sekurang kurangnya Tiz Zaqyah berani mencuba untuk menjadi penyanyi untuk lagu tema ini. Nur Kasih The Movie akan berada di’pawagam 19 May 2011. Enjoice!

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com