Showing posts with label Hire For Review. Show all posts
Showing posts with label Hire For Review. Show all posts

24 December 2011

{Sensasi Review} Fiesta Tawau Gemilang 2011 di Perkarangan Kompleks Sukan Tawau

Sungguh Meriah Fiesta Tawau Gemilang 2011 yang kini sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sukan Tawau, walaupun hujan turun begitu lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus hadir ke fiesta tersebut.

Untuk Maklumat fiesta ini adalah dibawah kelolaan Tawau Club  yang telah didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada tahun lalu. Didalam Tawau Club pula  terdapat  kelab seperti basikal, Lori, Motor, Sound Blaster dan sebagainya dan ini  menjadikan ia begitu unik dan mungkin tidak terdapat ditempat lain.

 Penonton yang membanjiri perkarangan Stadium Sukan Tawau untuk melihat sendiri perjalanan Fiesta Tawau Gemilang 2011

Selain daripada ahli-ahli Tawau club yang memeriahkan fiesta ini, ia juga turut dimeriahkan dengan aktiviti Battle Band, penjualan tshirt cap ayam, Pameran Oleh Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta  beberapa tapak pameran lain.

Sempena Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung pada malam ini, Rockstar selaku coordinator konsert turut membuka tapak penjualan tiket yang membolehkan para pengunjung terus membeli tiket ditempat tersebut tanpa pelu bersesak dan beratur panjang untuk mendapatkan tiket

Dari kiri Rahman, Maya Dan Adry Menujukkan Kalendar edisi terhad yang hanya boleh didapati di tapak jualan Fiesta Tawau Gemilang 2011

04 December 2011

Ohsensasi Terpilih Menjadi Penulis Blog Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Tawau

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rockstar Entertainment dibawah kendalian Saudari Maya Wahida selaku Local Coordinator kerana memberikan pengiktirafan kepada beberapa blogger tempatan untuk mereview perjalanan Konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 di Perkarangan Stadium Utama, kompleks Sukan tawau, Sabah.

Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani selaku penganjur utama Konsert Promoter Borneo tour

Konsert Promoter Borneo tour oleh Universal Credential Sdn. Bhd dibawah kelolaan Yang Mulia Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani, pasti akan memberikan kenangan terindah kepada rockers-rockers ditawau kerana selain Kumpulan Search yang akan membuat persembahan, artis ternama tanah air yang akan turut menjadi pemanas stage yang disebut-sebut akan turut dalam konsert ini adalah Stacy serta beberapa artis penari yang lain.

Amy Search ketika membuat persembahan dalam satu konsert yang berlangsung suatu ketika dahulu di Tawau

Ohsensasi tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata atas pemilihan sebagai penulis blog yang akan turut sama dalam melaporkan aktiviti-aktiviti konsert berkenaan sepanjang ia berlangsung di Tawau nanti. Sebelum ini Search memang sering membuat konsert di Tawau dan admin ohsensasi merupakan antara ribuan peminat tidak pernah ketinggalan untuk melihat sendiri secara live persembahan mereka, Surprisenya hari ini tiba-tiba dapat surat perlantikan daripada Local Coordinator, membuatkan kami sangat-sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu hari persembahan mereka.


 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com