Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

15 January 2012

{Gambar} 10 Bangunan design paling buruk yang dikategorikan oleh CNN

  Sebuah laman web yang dimiliki oleh American Cable News Network (CNN) memilih sepuluh bangunan terburuk di dunia, dengan Hotel Ryugyong Korea Utara pada "kedudukan"  paling atas dalam kategori dan Dubai Atlantis Hotel di tempat kedua. Bangunan Fangyuan di Shengyang yang direka oleh arkitek CY Lee yang terkenal di Taiwan juga terpilih untuk tersenarai dalam kategori ini :)
  
1. Ryugyong Hotel (North Korea)

2. Atlantis Hotel (Dubai)
 3. Palace of the Parliament (Romania)

4. Zizkov Television Tower (Czech Republic) 
 5. Seattle Experience Music Project (United States)
  
6. Ho Chi Minh Mausoleum (Vietnam)
 7. Liverpool Metropolitan Cathedral (England) 

 8. The Portland Building (United States)
  
9. The Fang Yuan Building (China)
   

10. Petrobras Headquarters (Brazil) 

03 January 2012

{Gambar} Komputer tablet buatan sendiri

Seorang lelaki di China telah mengubahsuai netbook kepada pc tablet. Dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk menghadiahkan gadjet tablet tersebut kepada kekasihnya lalu melakukan modifikasi tersebut.








22 December 2011

Lelaki 90 Tahun Selingkuh Adik ipar & Ibu Mertua



Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.


Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.


“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka


Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahasia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.

28 November 2011

{Info} Undang-undang anti Merokok di Bhutan



Tahukah anda di negara Bhutan pejualan rokok dan menghisapnya secara terbuka adalah salah disisi undang-udang? Undang-undang anti tembakau ini diluluskan pada tahun 2005 kerana mengikut kepercayaan penganut Buddha Bhutan, menghisap rokok boleh merosakkan karma seseorang Individu. Rokok dengan itu diharamkan atas alasan agama!

Walaubagaimanapun perokok tegar hisap rokok juga dengan meyeludup rokok dari negara hiran mereka India. Bagi menangani masalah rokok seludup yang berleluasa,sempena tahun baru kerajaan Bhutan memberi sedikit kelonggaran kepada perokok negara mereka. Menghisap rokok dan penjualan terbuka masih lagi haram tetapi para penghisap batang kanser diberi kuota 200 batang rokok atau 150 gram produk tembakau sebulan. Ianya harus dibeli dengan secara sah dan resit duti import harus dintunjukkan sebagai bukti. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka yang kantol dipenjara 5 tahun hanya kerana memiliki rokok "haram".


Selain itu bagi kelihatan lebih serius, kerajaan Bhutan membenarkan pihak polis menyerbu mana-mana rumah yang mereka syaki menyimpan rokok seludup atau yang melebihi had yang dibenarkan setiap bulan. Beberapa ekor anjing pula sudah dilatih bagi menghidu kehadiran tembakau didalam rumah yang diserbu. Perdana Menteri Bhutan Jigmi Y. Thinley dipetik berkata:
 "Rokok ialah barah, yakni secara fizikal dan metaforikal. Barah kepada masyarakat and kepada individu. Ianya tiada beza dengan dadah yang mengkhayalkan dimana kesalahan memilkinya di sesetengan negara adalah hukuman maut!"


Lihat pula negara-negara selain dari Bhutan yang mengharamkan rokok disini: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_smoking_bans



Sumber asal: Blogserius & MSNBC

02 November 2011

{Gambar} Zaman Pemerintahan Nazi

Melihat mayat bergelimpangan disana-sini itu mungkin perkara biasa semasa zaman pemerintahan Nazi. Nyawa manusia bagaikan tidak berharga jika ingin dibandingkan dengan kekuasaan.














07 October 2011

KFC di China yang penuh Sampah

Semua orang tahu bahawa elemen yang sangat penting bagi sesebuah kedai yang menjual makanan adalah kebersihan. Tapi di salah sebuah restoran KFC di China, elemen itu nampaknya diabaikan bila keadaan dalam restoran KFC tersebut nampak kotor dengan bekas makanan yang bertaburan di atas lantai. Tapi peliknya, ianya tetap menjadi tempat pilihan orang ramai untuk mengisi perut.






06 October 2011

Pengguguran Janin Di Singapura

Berdasarkan maklumat tertera, fenomena yang menakutkan ini berlaku di Singapura.
kalau u all sanggup tengok, rasa nak menitis air mata, Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura.Just to share reality dunia sekarang.

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...










Sumber: Facebook

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com