28 March 2011

Ainul Aisyah Kemalangan




Malang tidak berbau, Itu lah yang terjadi dekat Ainul Aishah yang mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang 22 februari lalu.. Kemalangan berpunca akibat Ainul Aishah yang tergesa-gesa mahu pulang ke rumah selepas selesai menjalani satu pengambaran hanya untuk menonton drama lakonanya sahaja…

“Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

“Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja”


Kereta Ainul yang kemik teruk dibahagian hadapan

Akibat tergesa-gesa di jalan raya, Akhirnya Ainul Aishah tidak dapat menonton drama lakonanya sendiri dan kereta Honda City nya rosak teruk dibahagian bonet depan.. Apa-apa pun Ainul Aishah tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma trauma sikit je.. MyGosip harap Ainul Aishah lebih berhati-hati lagi selepas ini.. Biar la lambat asalkan selamat…

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com