30 March 2011

Lelaki iklan di internet supaya di "rogol isterinya"


KANNAPOLIS: Seorang lelaki menggunakan kemudahan iklan di Internet menawarkan isterinya untuk dirogol lelaki lain di rumah mereka di Kannapolis, kata polis North Carolina, semalam.

Sumber polis berkata, lelaki berusia 25 tahun itu berdepan tuduhan rogol kelas pertama dan tuduhan lain.

Katanya, cubaan itu dikesan apabila isteri tertuduh menghubungi talian kecemasan 911 pada awal Ahad dan mengaku ada lelaki berpisau merogolnya.

“Mangsa dirogol dalam bilik tidurnya dan disaksikan tertuduh,” katanya.

Menurut sumber, turut ada di rumah adalah dua anak mereka, tetapi kejadian itu tidak disedari mereka.

Melalui iklan berkenaan, tertuduh menawarkan lelaki datang ke rumahnya dan berasmara dengan isterinya menggunakan ‘taktik menakutkan’.

Aksi itu juga perlu dilakukan tanpa pengetahuan wanita terbabit.

Identiti lelaki yang merogol mangsa belum dipastikan dan polis juga menyiasat kemungkinan dia diupah melakukannya. – Agensi

-hmetro

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com