30 March 2011

Penafian Intan Ladyana bersekedudukan dengan Kamal


Intan Ladyana menafikan dakwaan menerusi laman blog hiburan yang mengatakan dia dan kekasihnya Kamal Adli tinggal serumah atau bersekedudukan di kediamannya di Menara Impian, Ampang, Selangor. Kata Intan, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

Intan akui yang Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.Dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya. -Sumber mStar

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com