25 April 2011

{Artis} Yusri Bercinta dengan Lisa Surhani?






Malam semalam semasa konsert Mentor, Yusry KRU sepatutnya hadir untuk membuat persembahan bersama protege Edry, Iqa. Tetapi Edry telah memaklumkan ketidak hadiran Yusry. Lebih kurang beginilah ayat Edry:-

Yusry tidak dapat hadir pada malam ini kerana sibuk bercinta dengan kekasih barunya, “L”

Siapakah “L”? Adakah Linda Onn? Adakah Liyana Jasmay? Adakah Hantu Kak Limah? Sesungguhnya “L” itu tak lain tak bukan ialah Lisa Surihani. Menurut Bipo semalam pun, Yusry mengakui yang dia senang berkawan dan mulai rapat dengan Lisa sejak 2 bulan yang lalu. Tetapi Lisa menafikan yang dia dan Yusry bercinta. Kemungkinan besar mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing.

Kepada Yusry, jagalah Lisa baik-baik. Jangan dipermainkan hati Lisa. Kalau hati Lisa remuk kerana kamu, bersiap sedialah menerima penangan daripada Abang Nara. Kepada Lisa, kalau benar kamu sudah jatuh cinta dengan Yusry, semoga berbahagia di sampingnya. Kepada peminat Lisa, doakan yang terbaik untuk mereka berdua.-sumber beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com