03 April 2011

Budak Kecil hisap 40 batang rokok sehari

Hal ini berlaku di Musi Banyuasin, Indonesia. Budak ini bernama Ardi Rizal. Dia menghisap 40 batang rokok sehari.


Menurut ibunya, Ardi mengalami ketagihan yang teruk sehingga menyebabkanya menjerit dan menghentakkan kepala pada dinding jika tidak dibenarkan menghisap rokok. Menurut laporan akhbar, kepala Ardi dikatakan pening dan dia rasa sakit jika tidak merokok.

Ardi hanya menghisap satu jenama rokok sahaja, dan untuk sehari keluarganya terpaksa menanggung kos sekitar RM20 untuk membeli rokok

Oleh sebab jahil soal kesihatan, bapanya seorang nelayan memberitahu wartawan bahawa anaknya tampak sihat dan dia tidak melihat sebarang masalah terhadap kelakuan anak kecilnya itu.

Aduhai, anda boleh menjangkakan usia budak ini, jika dia masih merokok untuk beberapa tahun akan datang! tapi syukurlah dengar-dengar budak tu dah berhenti merokok sekarang :)

1 comments:

Labaco & Labecce said...

kecik2 lagi sudah pandai merokok.. habislah kalau besar

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com