03 April 2011

Hj Ramli Berbasikal dari Sarawak hingga ke Sabah

Haji Ramli Yusuf, seorang pesara guru berumur 60 tahun berjaya menghabiskan pengembaraan beliau dengan mengayuh basikal dari negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah.

Beliau yang memulakan kayuhan beliau dari Semantan , Sarawak mengakhiri kayuhan beliau di Tawau, Sabah.

“Saya buat ini bukan hendak mencari nama, tetapi usaha ini dilakukan atas kehendak sendiri dan hasrat ini disimpan sejak bersara beberapa tahun dulu.” katanya.

Beliau yang berasal dari Melaka mempunyai pengalaman berbasikal mengelilingi seluruh semenanjung Malaysia ditemani seorang rakan karib beliau namun terpaksa memulakan kayuhan solo apabila rakan beliau tidak dapat turut serta akibat urusan walimah anaknya.

Kayuhan dari Sarawak yang berakhir diSabah memakan masa 33 hari dan jarak kayuhan beliau sebanyak 2544 Kilometer.

Sepanjang pengembaraan beliau, masjid menjadi lokasi utama untuk menginap melainkan di Kundasang , Sabah akibat cuaca yang sejuk beliau tidak sempat mencari Masjid dan mengambil keputusan untuk menginap di hotel terdekat.

InsyaAllah, beliau mempunyai rancangan yang lebih besar iaitu mengayuh basikal dari Malaysia hingga ke Makkah Al Mukarramah pada tahun hadapan. Sebelum itu, beliau akan membuat persediaan mental dan fizikal di Indonesia. Perjalanan tersebut dirancang memakan masa lebih tiga bulan.

Ikuti rakaman video perbualan saya dan beliau yang dilakukan di Masjid Al Kauthar , tempat penginapan beliau sepanjang berada di Tawau, Sabah.

Saya menggunakan bahasa melayu dengan slang semenanjung untuk memudahkan pemahaman beliau ketika ditemuramah.


Untuk mengetahui pengembaraan hj ramli yang lain, sila berkunjung ke blog peribadi beliau di : http://hajimeli.wordpress.com/


Source: www.tawaubloggers.com



0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com