02 April 2011

Ray Syadi pendatang baru yang penuh bakat




Sebut nama Ray Syadi, mungkin ramai yang belum mengetahui, tetapi anak kelahiran sandakan, sabah ini mempunyai bakat yang mungkin tidak dimiliki oleh semua artis dinegara kita.

Ray Syadi berdarah campuran Dusun dari sebelah ibunya dan berketurunan cina dari ayahnya. Satu hal yang perlu anda ketahui Ray Syadi adalah beragama islam.

Bakat Ray Syadi dicungkil dari Bintang RTM 2009 dan Bintang AiMinnal RTM 1 Malaysia bagi bukan bangsa melayu dalam nyanyian bahasa melayu dan dinobatkan sebagai naib juara dalam Bintang AiMinnal. Beliau bukan sahaja suka menyanyi , tetapi juga minat dalam bidang cipta lagu .Karya pertama merupakan lagu patriotik "SATU MALAYSIA BARU" dan sering dimainkan di radio sandakan.fm


Ray Syadi sebelah kiri dalam lagu tema terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan Hari RTM Ke-65 pada 1 April 2011

Untuk makluman semua, sebenarnya nama asal RAY SYADI ialah BONNY LIN VUN SENG . Nama komersial RAY SYADI, diberikan oleh RTM KL semasa beliau terpilih dalam IKON KEM BINTANG-BINTANG pada tahun ini, dimana kem ini memberi pengiktirafan kepada artis-artis baharu yang dipercayaikan bakal memajukan industri muzik dan hiburan Malaysia . Kem tersebut dijalankan selama 2 minggu dan segala aktiviti mengenai 9 IKON baru yang menyertai kem itu akan bersiaran disaluran baharu , ia itu TV1 Saluran ASTRO 180 bermulai 2 April 2011 ( Ahad ) malam pada jam 8.45pm .



Perkembangan seterusnya , Ray Syadi bernaung di bawah Encik JULFEKAR , Syarikat Rakaman MillenniumArt Sdn .Bhd dan lagu single yang pertama Ray Syadi telah dicipta oleh komposer JULFEKAR bertajuk DAN TAKKAN PERNAH . jadi Nantikan lagu single beliau yang akan dikeluarkan dalam bulan April ini.

Antara Karya Hasil Ciptaan Ray Syadi
Lagu Demo Cina : JIAN DAN DE GE įŽ€å•įš„æ­Œ ( Tahun 2006 )

Lagu Demo Melayu : GELORA CINTA ( Tahun 2007 )
HANYA UNTUK MU ( Tahun 2009 )
KOMEDI CINTA ( Tahun 2011 )
HIDUPKU ( Tahun 2011 )
Cinta Keramat ( Tahun 2011 )

Lagu Patriotik : SATU MALAYSIA BARU ( Tahun 2010 )

Lagu Ciptaan Konsert / DLL : IMPIAN BERSAMA ( Konsert Ambang Tahun Baharu 2011 Sandakan )

Lagu Single Diberi : DAN TAKKAN PERNAH ciptaan EN.JULFEKAR MillenniumArt S.B

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com