13 April 2011

{Video} Aksi Peragut Pecah Cermin Kereta di Seksyen 16 Petaling Jaya


Menurut keterangan di Youtube, klip ini dirakam pada 27 Mac 2011. Manakala berita di Yahoo pula menyatakan bahawa kejadian ragut ini berlaku di Seksyen 16, Petaling Jaya. Klip ini menjadi "hangat" sejak dimuatnaikkan di Youtube dan laman sosial.

Klip sepanjang 23 saat ini menunjukkan 2 orang lelaki yang menunggang dan membonceng sebuah motosikal menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di laluan yang mempunyai lampu isyarat. Pembonceng motosikal itu kemudiannya bertindak memecahkan cermin tepi kereta itu dan meragut beg di sebelah tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua penjenayah itu meninggalkan tempat kejadian dalam sekelip mata.
Hati-hati. Sesuatu musibah seperti kejadian boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa dapat anda jangkakan!



1 comments:

Mark said...

jelasnye....

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com