03 April 2011

Wikileaks VS PornWikileaks


Selepas WikiLeaks kini hangat pula dengan laman web PornWikiLeaks. Kalau WikiLeaks mendedahkan rahsia atau maklumat sulit melibatkan pemimpin, organisasi penting, dan negara, Porn WikiLeaks pula didakwa mendedahkan identiti dan maklumat peribadi pelakon porno. Itu bezanya.

Menurut laporan DM, sebuah pusat perubatan di Los Angeles disiasat berikutan maklumat pelakon porno telah bocor dan disiarkan dalam sebuah laman web. Adult Industry Medical (AIM) Health Care Foundation mengeluarkan kenyataan dua hari lalu bahawa organisasi itu disiasat kerana kebocoran maklumat perubatan pekerja industri seks dalam sebuah laman yang dipanggil Pornwikileaks.com.

Nama, tarikh lahir dan alamat lebih 15 ribu pelakon filem lucah dikatakan didedah di laman sesawang itu dan pendedahan ini memberikan kesan kepada bekas pelakon lucah yang telah bersara daripada industri tersebut, mahupun mereka yang masih aktif dalam industri ini. Biarpun sesetengah pelakon lucah seperti Jenna Jameson menggunakan identiti sebenar, namun majoriti mereka menggunakan nama samaran.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang itu, ramai percaya kebocoran maklumat itu berpunca daripada komputer milik AIM, pusat yang menjadi tempat pelakon lucah melakukan ujian HIV dan penyakit kelamin yang lain.

Pornwikileaks.com didaftarkan di Belanda, namun maklumat pemilik dan laman sesawang itu masih lagi kabur. Pelakon lucah Donny Long menafikan peranannya di belakang laman sesawang ini. Manakala jurublog hiburan dewasa Mike South mendakwa mendapat maklumat bahawa kebocoran maklumat itu berpunca daripada AIM.

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com