24 August 2011

{Berita} Ratu Bapok termuda di Britain




Budak 12 tahun di Britain mempunyai hobi pelik. Dia gemar beraksi sebagai "drag queen" atau ratu bapok. Lebih menakutkan apabila budak itu mendapat gelaran Ratu Bapok Karnival. Hobi ini sudah tentu menggerunkan kebanyakan ibu bapa.


Namun ibu bapa Redvers Stoke, Matthew dan Georgie berpendapat sebaliknya, walaupun agak bimbang pada permulaannya. Bagi mereka perlakuan Redvers hanyalah suatu hobi pelik. Kedua-duanya menegaskan bahawa Redvers seorang budak lelaki sejati dan tidak berperwatakan seperti yang ditampilkannya semasa beraksi sebagai ratu bapok.


Bagaimana Redvers mendapat gelaran Ratu Bapok Karnival? Semuanya bermula apabila dia memasuki suatu pertandingan ratu bapok yang berprestij di bandar. Dalam pertandingan itu, dia berjaya mengalahkan tiga orang lelaki yang berusia tiga kali ganda daripada usianya. Selepas "kejayaannya" itu, Redvers kini menggunakan nama Naughty Nora ketika membuat persembahan untuk majlis dan program tertentu.

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com