21 October 2011

{Gambar} Detik-detik kematian Muammar Gaddafi

Kolonel Muaamar Gaddafi mati semalam selepas ditembak pejuang penentang Libya. Beliau yang dijumpai meyorok didalam kolong ditepi jalan sebagai percubaan melarikan diri dari ditangkap. Konvoi beliau sebelum itu dibom oleh jet pejuang Perancis atas bidang kuasa NATO. Semasa ditangkap Gaddafi berkali-kali memohon agar beliau tidak dibunuh. Ini adalah polar opposite dari apa yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu dimana beliau bersumpah akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Gaddafi diheret keluar dari kolong selepas pengawal peribadinya semua dibunuh. Selepas dibelasah pejuang yang menangkapnya beliau ditembak dikepala. Mayat beliau kemudian diheret sebelum ditunjukkan kepada orang ramai sebagai bukti kematian beoliau.

Turut terbunuh dalam serangan di SIRTE semalam ialah anak beliau Mutassim Gaddafi. Sirte ialah banda kelahiran Gaddafi, macam Saddam yang lari ke Tikrit selepas kekalahan teruk - Gaddafi melarikan diri ke Sirte untuk one final stand. Begitulah kisah diktator moden. Cakap mahu berlawan sehingga titisan darah terakhir tapi akhirnya begging for the life.




Sumber: Blogserius

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com