04 October 2011

Konsert 4 Lagenda Rock di Tawau

Konsert yang membarisi artis-artis senior dalam gendre rock tanah air telah menggegarkan tawau, dianggarkan seramai 13 ribu orang telah membanjiri kompleks stadium Tawau untuk menyaksikan konsert berkenaan, itu menurut kenyataan oleh penganjur. Tapi ramai penonton yang berpendapat yang hadir dikonsert berkenaan menganggarkan sekitar 6-7 ribu orang sahaja.

Kami Petik dari sebuah blog tempatan Somewhereintawau yang sempat mengikuti temubual bersama orang kuat dalam penganjuran konsert tersebut berkata "pihak penganjur, Mustwin Ventures Sdn. Bhd dan Nova Music mengatakan akan menggunakan sound system yang canggih. Sebanyak 40 speaker akan digunakan"

namun sebaliknya yang berlaku apabila ramai yang mengeluh sound sistem yang seakan-akan berada ditempat jamming. Yang agak mencacatkan suasana ialah ketika berlakunya masalah kronologi lagu yang sepatutnya dimainkan. Lain lagu yang diminta, lain yang dimainkan. Hampir 5 kali tersalah main lagu. dan Asheed sempat berkata “Come on bro… Kita semua profesional…”

Selain daripada 4 lagenda rock artis tanah air, ia turut dimeriahkan bersama Point Band yang didatangkan khas dari Jakarta
























Wartawan Melodi "Bikin Panas" turut kelihatan di konsert berkenaan.

Namun ada insiden yang memalukan apabila Mus May telah dilempar botol bekas air mineral yang betul-betul landing di kepalanya..

Dibawah ini adalah video yang dirakamkan oleh Saudara Budaini Agus yang sempat mengikuti perjalanan konsert tersebut sehingga habis.









Credit Picture: Ahmad Don & Sudir Suichi.
Official Publisher: Tawaurian at Facebook

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com