13 October 2011

Replika Muka yang kelihatan realistik dari Jepun

Sekali pandang, anda pasti tidak akan percaya bahawa muka yang dipegang oleh lelaki itu hanyalah replika jika ianya diletakkan pada muka kerana ianya sangat realistik. Dicipta oleh sebuah syarikat di Jepun iaitu REAL-f.
Mereka akan mengambil imej pegun wajah secara digital terlebih dahulu sebelum replika muka dihasilkan menggunakan Vinil Klorida keras. Replika muka yang terhasil dipanggil 3DPF (3 Dimensional Photo Form).

Harga untuk setiap satu replika muka adalah USD3,920. Jika anda ada banyak duit dan teringin untuk memiliki topeng yang menyerupai orang lain (Justin Bieber mungkin), bolehlah pergi ke Jepun untuk membuat tempahan.






Sumber Asal: ZB & Dailymail

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com