28 November 2011

Rokok digunakan untuk membuat ilustrasi kulit harimau

Seorang artis berpengaruh kelahiran China iaitu Xu Bing, 56, telah menggunakan kepakarannya untuk menghasilkan satu permaidani yang menyerupai kulit harimau dengan menggunakan 500,000 batang rokok. Permaidani tersebut dihasilkan sebagai simbol perdagangan global selain memberi peringatan kepada para perokok mengenai bahaya tabiat tidak sihat itu.

Jurucakap Muzium Virginia (dimana permaidani menyerupai kulit harimau itu kini berada) menyatakan projek permaidani Xu Bing itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di beberapa negara sebelum ini.




 Source: Mail Online

0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com