01 December 2011

{Berita Bergambar} Lelaki Bunuh Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak

Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit. Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika. Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga. "Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois. "Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati." Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi. Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya.








0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com