04 December 2011

Ohsensasi Terpilih Menjadi Penulis Blog Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Tawau

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rockstar Entertainment dibawah kendalian Saudari Maya Wahida selaku Local Coordinator kerana memberikan pengiktirafan kepada beberapa blogger tempatan untuk mereview perjalanan Konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 di Perkarangan Stadium Utama, kompleks Sukan tawau, Sabah.

Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani selaku penganjur utama Konsert Promoter Borneo tour

Konsert Promoter Borneo tour oleh Universal Credential Sdn. Bhd dibawah kelolaan Yang Mulia Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani, pasti akan memberikan kenangan terindah kepada rockers-rockers ditawau kerana selain Kumpulan Search yang akan membuat persembahan, artis ternama tanah air yang akan turut menjadi pemanas stage yang disebut-sebut akan turut dalam konsert ini adalah Stacy serta beberapa artis penari yang lain.

Amy Search ketika membuat persembahan dalam satu konsert yang berlangsung suatu ketika dahulu di Tawau

Ohsensasi tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata atas pemilihan sebagai penulis blog yang akan turut sama dalam melaporkan aktiviti-aktiviti konsert berkenaan sepanjang ia berlangsung di Tawau nanti. Sebelum ini Search memang sering membuat konsert di Tawau dan admin ohsensasi merupakan antara ribuan peminat tidak pernah ketinggalan untuk melihat sendiri secara live persembahan mereka, Surprisenya hari ini tiba-tiba dapat surat perlantikan daripada Local Coordinator, membuatkan kami sangat-sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu hari persembahan mereka.


0 comments:

Post a Comment

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com