25 December 2011

{Sensasi Review} Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Kompleks Stadium Tawau konsert Terbaik yang pernah diadakan di Tawau

Majoriti penonton yang membanjiri kompleks Stadium Tawau untuk menyaksikan  konsert tersebut melahirkan rasa puas hati dan tidak sia-sia membeli tiket semata-mata ingin melihat  persembahan secara live artis kegemaran mereka.


Konsert ini juga pasti memberikan memori terindah buat kumpulan search kerana ini merupakan kali pertama  konsert yang pernah diadakan di Tawau, penonton begitu ramai yang hadir, selain dari itu konsert ini adalah konsert yang terbaik dari segi pengurusan sistem kawalan keselamatan, promosi dan perjalanan konsert dari mula hingga ke akhir. Dianggarkan penonton yang hadir di konsert ini mencecah sehingga 15 hingga 18 ribu orang, ini merupakan pencapaian terbaik kerana  beberapa kali konsert  pernah berlangsung ditempat yang sama penonton dicatatkan paling ramai  cuma 7 hingga 10 ribu orang sahaja.

Mungkin Anda tidak percaya jika ada konsert yang melarang para penonton merokok, tetapi itulah yang dilakukan di konsert ini, bukan sahaja rokok tidak dibenarkan beberapa alatan lain juga dilarang seperti minuman air mineral dalam botol, minuman dalam tin, kamera dan beberapa alatan lain.

Pintu masuk yang dikawal rapi oleh pihak berkuasa Polis dan Rela untuk memastikan tidak seorangpun penonton yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan pembaca ohsensasi dengan pelbagai telatah ketika konsert fenomena search 30 tahun berlangsung.


Stacy turut membuat persembahan dalam konsert fenomena search 30 tahun dengan 4 buah lagu yang turut menggamatkan suasan kompleks sukan tawau.


Amy Search di hadapan ribuan penonton yang membanjiri tempat berlangsungnya konsert fenomena search 30 tahun





Diakhir persembahan konsert tersebut search telah menghadiahkan beberapa biji bola, poster, pick guitar, drumstick  kepada para penonton yang telah ditandatangan oleh mereka.

Kesimpulan yang kami dapat berikan, konsert ini telah memenuhi syarat untuk dikategorikan konsert terbaik yang pernah ada di bumi Tawau dan ucapan Tahniah kepada Universal Credental Sdn. Bhd selaku pengajur konsert tersebut serta Rockstar entertainment selaku kordinator didaerah Tawau.

Sebagai penutup kata mari saksikan video dibawah ini yang dirakamkan oleh admin ohsensasi untuk tatapan bersama.


24 December 2011

{Sensasi Review} Fiesta Tawau Gemilang 2011 di Perkarangan Kompleks Sukan Tawau

Sungguh Meriah Fiesta Tawau Gemilang 2011 yang kini sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sukan Tawau, walaupun hujan turun begitu lebatnya tetapi ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus hadir ke fiesta tersebut.

Untuk Maklumat fiesta ini adalah dibawah kelolaan Tawau Club  yang telah didaftarkan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) pada tahun lalu. Didalam Tawau Club pula  terdapat  kelab seperti basikal, Lori, Motor, Sound Blaster dan sebagainya dan ini  menjadikan ia begitu unik dan mungkin tidak terdapat ditempat lain.

 Penonton yang membanjiri perkarangan Stadium Sukan Tawau untuk melihat sendiri perjalanan Fiesta Tawau Gemilang 2011

Selain daripada ahli-ahli Tawau club yang memeriahkan fiesta ini, ia juga turut dimeriahkan dengan aktiviti Battle Band, penjualan tshirt cap ayam, Pameran Oleh Pertahanan Awam dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta  beberapa tapak pameran lain.

Sempena Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung pada malam ini, Rockstar selaku coordinator konsert turut membuka tapak penjualan tiket yang membolehkan para pengunjung terus membeli tiket ditempat tersebut tanpa pelu bersesak dan beratur panjang untuk mendapatkan tiket

Dari kiri Rahman, Maya Dan Adry Menujukkan Kalendar edisi terhad yang hanya boleh didapati di tapak jualan Fiesta Tawau Gemilang 2011

22 December 2011

Lelaki 90 Tahun Selingkuh Adik ipar & Ibu Mertua



Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.


Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.


“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka


Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahasia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.

19 December 2011

{Sensasi Review} Aktiviti dan Pengisian Fiesta Sebelum berlangsungnya Konsert Fenomena 30 Search di Tawau

Hari begitu cepat berlalu, pejam celik sudah menghampiri minggu terakhir sebelum berlangsungnya konsert fenomena Search 30 yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 yang bertempat di kompleks Sukan Tawau.Dimana-mana sahaja dipelusuk bandar Tawau pasti akan ada kelihatan sepanduk atau bunting berkenaan dengan konsert tersebut.



 {gambar diatas} Tiket Rasmi serta Baju T-shirt keluaran terhad sempena Konsert Fenomena Search 30 Di Tawau




 {Gambar Diatas}Kelihatan petugas-petugas sedang giat memperomosikan konsert Fenomena Search di Pasar Takada

{Gambar Diatas} Selain daripada bunting dan banner petugas-petugas juga giat mengedarkan flyers untuk memberikan info tentang perjalanan konsert tersebut



Berbalik kepada Aktiviti dan pengisian fiesta sebelum berlangsungnya acara kemuncak konsert tersebut, dibawah ini adalah antara pengisian yang telah dirancang oleh pihak pengajur
Aktiviti sebelah siang.
Fiesta Tawau Gemilang 2011
Lokasi : Perkarangan Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Hari : Sabtu.
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang.
Aktiviti : Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal), Sound Blast, Persembahan Kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan Jualan Produk Tempatan.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah seperti berikut
Konsert Fenomena 30 Tahun Search
Lokasi : Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Hari : Sabtu
Masa : 7 Malam hingga 11 Malam.
Artis : Stacy dan artis penari (artis persembahan pembukaan). Kumpulan Search.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri konsert tersebut, kerana antara banyak-banyak tempat di negeri Sabah hanya Tawau yang terpilih untuk menganjurkan konsert tersebut, jadi tunjukkan sokongan anda! dan jangan lupa Sholat sebelum ke konsert tersebut.

07 December 2011

{Sensasi Review} Beli Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau di lebih 30 premis

Dianjurkan bersama oleh Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd., Konsert Fenomena Search 30 Tahun dibawah Coordinator Rockstar Entertainment, Konsert Fenomena 30 Tahun Search Jelajah Borneo akan membuka tirainya di Kompleks Sukan Tawau, pada 24 Disember ini.

para peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut tidak perlu risau kerana harga tiket yang telah ditetapkan sangat murah dan berbaloi iaitu RM25 sahaja.

Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim menyampaikan sesuatu kepada wartawan ketika Press Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini

selain daripada itu kelainan yang akan ditampilkan nanti adalah berdasarkan kepada beberapa aspek teknikal seperti reka bentuk pentas, penggunaan lampu dan sistem bunyi memandangkan kos yang lebih besar digunakan dalam menjayakan konsert ini nanti.

Tentang lagu-lagu yang akan dinyanyikan pula, sebanyak 23 lagu yang akan dipersembahkan dan dipetik daripada album-album Search terawal sehinggalah yang terkini.

Contoh tiket original yang dikeluarkan oleh penganjur konsert tersebut

Berbalik kepada isu tiket, beberapa ciri-ciri keselamatan khas yang terdapat dalam tiket untuk mengelakkan penipuan dan boleh dibeli melalui 30 outlet dilantik atau pasukan promosi yang bert-shirt putih logo konsert Search. Manakala aduan jika anda berasa was-was tentang ketulenan tiket yang anda beli boleh telepon hotline ini 0138003030

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian tiket konsert ini, anda boleh lawat mana-mana premis yang tertera dibawah ini;-


(TAWAU)
Tawaunet - West Point Complex
Kak Midah Café - Air Panas
Kak Ruga Café - Sabindo Squere
Arena Café - Jalan Masjid
Wealthy Empire Management - Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat - Tg Batu
MD Communication - Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B - Pasar Tawau
AA Communication - Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi - Pasar Tawau
Andyana - Bus Station
FPM Communication - Bus Station
Perniagaan Sin Lee - Bus Station
West Mobile - Bus Station
CCM Communication - Fajar
BB Mobile - Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop - Felda Umas
RH Communication - Kalabakan

(KUNAK)
F1 Communication - Kunak Plaza

(SEMPORNA)
Lam Collection - Semporna

(SANDAKAN)
Southern Teleshop - Bandar Sandakan
Magic Colour Foto - Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop - Pasar
City Enterprise - Sibuga
3G Mobile - Menara MPS

(LAHAD DATU)
CK Mobile Sedco - Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town - Perdana Town
JC Phone Shop - Fajar
Hup Fatt - Jln Kastam

04 December 2011

Ohsensasi Terpilih Menjadi Penulis Blog Konsert Fenomena 30 Tahun Search Di Tawau

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rockstar Entertainment dibawah kendalian Saudari Maya Wahida selaku Local Coordinator kerana memberikan pengiktirafan kepada beberapa blogger tempatan untuk mereview perjalanan Konsert Fenomena 30 tahun Search yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 di Perkarangan Stadium Utama, kompleks Sukan tawau, Sabah.

Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani selaku penganjur utama Konsert Promoter Borneo tour

Konsert Promoter Borneo tour oleh Universal Credential Sdn. Bhd dibawah kelolaan Yang Mulia Cik Puan Datin Nirvana Jalil Ghani, pasti akan memberikan kenangan terindah kepada rockers-rockers ditawau kerana selain Kumpulan Search yang akan membuat persembahan, artis ternama tanah air yang akan turut menjadi pemanas stage yang disebut-sebut akan turut dalam konsert ini adalah Stacy serta beberapa artis penari yang lain.

Amy Search ketika membuat persembahan dalam satu konsert yang berlangsung suatu ketika dahulu di Tawau

Ohsensasi tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata atas pemilihan sebagai penulis blog yang akan turut sama dalam melaporkan aktiviti-aktiviti konsert berkenaan sepanjang ia berlangsung di Tawau nanti. Sebelum ini Search memang sering membuat konsert di Tawau dan admin ohsensasi merupakan antara ribuan peminat tidak pernah ketinggalan untuk melihat sendiri secara live persembahan mereka, Surprisenya hari ini tiba-tiba dapat surat perlantikan daripada Local Coordinator, membuatkan kami sangat-sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu hari persembahan mereka.


01 December 2011

{Berita} Wanita saman bekas kekasih tatu imej najis di belakang tubuh

DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu. Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald. Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.

Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat. Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya. Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis.

Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu. “Sebenarnya pada kebanyakan waktu saya pengsan dan ketika tersedar saya dapati imej buruk ini di belakang tubuh saya,” katanya



Sumber: Hmetro Dec 01/2011

{Gambar} Budak 3 Tahun cedera Parah dimuka & tangan akibat di bakar oleh bapanya

19 November yang lalu di Shaanxi china seorang bapa yang sangat bodoh dan bangang bernama Cao Xiaoming telah membakar wajah anaknya  iaitu Niu niu yang baru berumur 3 di rumah mertuanya.

Isteri berkata Cao Xiaoming seorang yang panas baran dan sering melakukan keganasan keatas dirinya, selain sikapnya yang sangat gemar berjudi. Kejadian ini berlaku kerana isteri Cao Xiaoming ingin meminta cerai lalu dia yang memang sedia bangang telah mencurahkan gas petrol kemuka anaknya, dan sekarang muka Niu telah cacat dan kedua belah tangannya juga turut mengalami masalah yang sama.







Sumber: Chinasmack

{Berita Bergambar} Lelaki Bunuh Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak

Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit. Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika. Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga. "Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois. "Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati." Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi. Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya.








30 November 2011

{Gambar} Banjir Thailand Ratusan Buaya Lepas Mengancam penduduk

Banjir di Thailand tidak hanya membuat pusingan ekonomi lumpuh dan kerugian material yang diakibatkan olehnya, melainkan juga membuat ketakutan bagi banyak penduduk Bangkok, betapa akibat dari banjir tersebut ratusan buaya dari penangkaran terlepas mengancam jiwa para penduduk korban banjir.












{Gambar} Walaupun Nyawa Hampir Melayang, Matador Nekad Terus Berjuang di Gelanggang

Matador Sepanyol yang buta sebelah mata dan mengalami kecederaan serius di muka kerana ditanduk lembu mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan kembali ke gelanggang selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu. Juan Jose Padilla mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sesi sidang akhbar selepas enam hari menjalani pembedahan untuk membaiki saraf yang rosak yang menyebabkan bahagian muka sebelah kiri lumpuh. "Saya tidak mahu simpati peminat," katanya kepada pihak media di Hospital Virgen del Rocio sebelum pulang ke rumah. "Saya akan ke gelanggang sebagai matador kerana impian saya untuk bertemu dengan peminat."






Saksikan video dibawah saat-saat ketika Juan Jose Padilla di tanduk oleh lembu yang mencederakan mukanya.

 
Dibangunkan Oleh ohSensasi Webteam | Bloggerized by Ohsensasi.com